SEMAKAN STATUS STR ONLINE :  CHECK BAYARAN FASA 3 2024

SEMAKAN STATUS STR ONLINE :  CHECK BAYARAN FASA 3 2024

Janji kerajaan untuk melaksanakan bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) mengikut fasa akan tetap ditunaikan. Bagi fasa pertama dan kedua telahpun ditunaikan pada bulan Februari dan April yang lalu, kini fasa ketiga pula akan ditunaikan pada penghujung Ogos ini.

Bagaimanakah semak status str online bayaran fasa 3 2024? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN TUNAI STR FASA 3 : CHECK SEKARANG

SEMAKAN STATUS STR ONLINE BAYARAN FASA 3 2024

Ikuti cara semakan status STR secara online untuk bayaran fasa 3 seperti berikut :

  1. Sila layari portal rasmi MySTR di pautan ini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Pada halaman utama STR, sila masukkan nombor kad pengenalan pada ruangan ‘Nombor MyKad’ tanpa (-).
  3. Klik butang [Log Masuk].
  4. Seterusnya, klik [Semak].
  5. Tekan [Ya] sekiranya frasa keselamatan pemohon yang dipaparkan adalah betul.
  6. Masukkan kata laluan yang betul.
  7. Klik butang [Log Masuk].
  8. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Status bayaran penerima fasa 3 akan dipaparkan.
  10. Selesai.

WAKTU BAYARAN STR ONLINE FASA 3 2024

Bermula pada 29 Ogos 2024 sehingga 20 September 2024, bayaran bantuan akan dikreditkan secara berperingkat mengikut waktu setiap bank seperti berikut :

  • Bank Simpanan Nasional : Selepas 6 petang;
  • Bank Islam : Selepas 8 malam;
  • Affin Bank : Selepas 8 malam;
  • Ambank : Selepas 8 malam;
  • Maybank : Selepas 9 malam;
  • Cimb Bank : Selepas 9 malam;
  • RHB Bank : Selepas 9 malam; dan
  • Bank Muamalat : Selepas 10 malam.

CARA BAYARAN STR FASA 3 2024

Pembayaran bantuan STR adalah melalui dua (2) cara, iaitu :

  1. Pengkreditan secara terus ke dalam akaun bank penerima / pasangan; atau
  2. Pemberian tunai di kaunter cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).

JUMLAH BAYARAN STR FASA 3 2024

Berikut merupakan jumlah bayaran STR fasa 3 untuk penerima yang sedia ada :

  • Isi Rumah B40 : RM150, RM300, RM500 dan RM650.
  • Isi Rumah M40 : RM150, RM200, RM250 dan RM300.
  • Warga Emas (Bujang) : RM150.
  • Bujang : RM50.

*Nota : Bagi isi rumah diberi mengikut bilangan anak / tanggungan.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi STR LHDNM. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel : [email protected]

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_SUMBANGAN_TUNAI_RAHMAH_STR_2024.pdf.

Leave a Comment