SEMAKAN STR FASA 2 2024 ONLINE : CHECK SEKARANG

SEMAKAN STR FASA 2 2024 ONLINE : CHECK SEKARANG

Penerima sedia ada dan penerima baharu yang berdaftar di dalam pangkalan data STR akan menerima pembayaran STR Fasa 2 melalui pengkreditan ke dalam akaun bank atau disalurkan secara tunai melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) secara berperingkat mengikut kategori kelayakan STR masing-masing.

Bagaimanakah semakan str fasa 2 secara online? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : SEMAKAN BAYARAN BANTUAN TUNAI STR FASA 2 : CHECK SEKARANG

KELAYAKAN PENERIMA STR FASA 2 2024

Kelulusan permohonan bantuan STR fasa kedua adalah tertakluk kepada syarat kelayakan setiap kategori seperti berikut :

  1. ISI RUMAH :
    • Kahwin (Ada atau Tiada Anak); atau
    • Ibu Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak;
    • Pendapatan isi rumah bawah RM2,500 dan tidak melebihi RM5,000 sebulan.
  2. WARGA EMAS :
    • Bujang; atau
    • Ibu Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang Tiada Anak; serta
    • Had umur 60 tahun dan ke atas; dan
    • Pendapatan individu bawah dari RM5,000.
  3. BUJANG :
    • Bujang / Ibu Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang Tiada Anak; serta
    • Had umur 21 tahun hingga 59 tahun; atau
    • Bujang (Orang Kurang Upaya) berumur 19 tahun dan ke atas;
    • Pendapatan individu bawah RM2,500 sebulan; dan
    • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa.

JUMLAH BANTUAN STR FASA 2 2024

Setiap kategori akan menerima jumlah yang berbeza mengikut kelayakan seperti berikut :

  1. Isi Rumah :
    • Isi Rumah B40 yang berpendapatan RM2,500 ke bawah akan menerima bantuan STR fasa kedua antara RM150 hingga RM650 bergantung kepada bilangan anak.
    • Isi Rumah M40 pula yang berpendapatan RM2,501 hingga RM5,000 akan menerima bantuan STR fasa kedua antara RM100 hingga RM300 bergantung kepada bilangan anak.
  2. Warga Emas :
    • Warga emas yang tiada pasangan (bujang) akan menerima bantuan STR fasa kedua berjumlah RM150.
  3. Bujang :
    • Bujang yang berumur 21 hingga 59 tahun akan menerima bantuan STR fasa kedua berjumlah RM100 sahaja.

TARIKH PENYALURAN STR FASA 2 2024

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan tarikh penyaluran bantuan STR fasa kedua adalah bermula pada 3 April 2024 (Rabu) sehingga 9 April 2024 (Selasa) iaitu sebelum sambutan perayaan Aidilfitri yang dijangka pada 10 April 2024.

SEMAKAN STR FASA 2 2024 ONLINE

Untuk pengetahuan umum, bantuan STR boleh disemak secara online melalui laman sesawang MySTR LHDNM seperti berikut :

  1. Sila klik pada pautan laman rasmi MySTR LHDNM di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Kemudian, masukkan Nombor Mykad pemohon pada ruangan MySTR tanpa (-) contoh : 83XXXXXXXXXX.
  3. Klik butang [Log Masuk].
  4. Seterusnya, klik [Semak].
  5. Tekan [Ya] sekiranya frasa keselamatan pemohon yang dipaparkan adalah betul.
  6. Masukkan kata laluan yang betul.
  7. Klik butang [Log Masuk].
  8. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Status bayaran fasa 2 pemohon akan dipaparkan.
  10. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MySTR LHDNM. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel : [email protected]

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://www.kosmo.com.my/2024/04/01/str-fasa-2-dibayar-3-april-ini/.

Leave a Comment