SEMAKAN STR FASA 3 2024 : CHECK STATUS NAMA PENERIMA SEKARANG

SEMAKAN STR FASA 3 2024 : CHECK STATUS NAMA PENERIMA SEKARANG

STR atau rasminya Sumbangan Tunai Rahmah yang merupakan bantuan tunai yang disalurkan secara berperingkat mengikut empat (4) fasa sepanjang tahun yang mana fasa pertama (1) dan kedua (2) telahpun selesai. Kini pembayaran bantuan STR bakal memasuki fasa ketiga (3) bagi tahun 2024 ini.

Bagaimanakah semakan STR fasa 3? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN MYKAD RM350 : CHECK STATUS SEKARANG

TARIKH BAYARAN BANTUAN STR FASA 3 2024

Pembayaran bantuan STR fasa ketiga (3) adalah mengikut tarikh seperti jadual berikut :

PERKARATARIKH
Pembayaran Bantuan STR
Fasa Ketiga (3)
Antara 1 hingga 31 Ogos 2024
*Nota : Tarikh adalah tertakluk kepada pindaan dari masa ke semasa dan akan dikemaskini apabila diumumkan secara rasmi nanti.

KAEDAH BAYARAN BANTUAN STR 2024

Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan dibayar kepada penerima mengikut kaedah berikut :

JENIS PENERIMAKAEDAH BAYARAN
Mempunyai akaun bankDikreditkan terus ke dalam akaun yang
didaftarkan.
Tidak mempunyai akaun bankDiberikan secara tunai di kaunter
cawangan Bank Simpanan Nasional
(BSN)

JUMLAH BAYARAN BANTUAN STR FASA 3 2024

Setiap penerima akan menerima jumlah bayaran bantuan STR yang berbeza mengikut kategori seperti berikut :

  • Kategori Isi Rumah (mengikut pendapatan dan bilangan anak) :
PENDAPATAN ISI
RUMAH /
BIL. ANAK
TIADA ANAK1 – 2 ANAK3 – 4 ANAK5 KE ATAS
RM2,500 KE BAWAHRM1,000RM1,500RM2,000RM2,500
RM2,501 – RM5,000RM500RM750RM1,000RM1,250
  • Kategori Warga Emas (tiada pasangan) :
JUMLAH BAYARAN BANTUAN STR 2024
RM600
  • Kategori Bujang (pendapatan RM2,500 ke bawah) :
JUMLAH BAYARAN BANTUAN STR 2024
RM350
*Nota : Setiap penerima perlu membuat semakan jumlah yang bakal diterima bagi fasa ketiga (3) pada portal MySTR.

SEMAKAN STR FASA 3 2024

Ikuti cara semakan STR fasa ketiga (3) di portal rasmi seperti berikut :

  1. Sila layari portal rasmi MySTR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Pada halaman utama, sila masukkan nombor Mykad pemohon pada ruangan tanpa (-) contoh : 83XXXXXXXXXX.
  3. Klik butang [Log Masuk].
  4. Seterusnya, klik [Semak].
  5. Tekan [Ya] sekiranya frasa keselamatan pemohon yang dipaparkan adalah betul.
  6. Masukkan kata laluan yang betul.
  7. Klik butang [Log Masuk].
  8. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Status bayaran penerima fasa 3 akan dipaparkan.
  10. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MySTR. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel :[email protected]

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://bantuantunai.hasil.gov.my/#.

Leave a Comment