SENARAI BARANG MYKASIH 2025 – PANDUAN LENGKAP MENGGUNAKAN BANTUAN MYKAD
Bantuan Mykad atau Sumbangan Asas Rahmah (SARA) terus membantu meringankan beban penerima, dengan bantuan tunai dikreditkan melalui MyKad pada setiap bulan. Setakat 10 Mac 2025, 84% penerima isi rumah, bujang, dan warga emas di seluruh Malaysia telah memanfaatkan bantuan ini dengan RM115 juta telah dibelanjakan.
Kini, MyKasih mempunyai lebih 1,200 kedai dan pasaraya yang terpilih di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Yang mana penerima dapat menggunakan Bantuan SARA yang dikreditkan dalam MyKad penerima untuk pembelian barangan keperluan asas (MyKasih) setiap bulan.

Bagaimanakah cara guna Bantuan MyKad untuk beli barang MyKasih? Ikuti panduan lengkap dibawah.
Baca Juga : SEMAKAN STR FASA 3 (SEMAKAN STATUS DAN JADUAL BAYARAN)
Jumlah Bantuan Mykad SARA 2025
Berikut merupakan jumlah agihan bantuan sara 2025 :
Kategori Penerima | Jumlah Bayaran SARA 2025 | Amaun Bayaran Mengikut Bulan |
---|---|---|
Isi Rumah (STR & eKasih) | RM2,100 | Jan – Mac RM100 April – Dis RM200 |
Warga Emas Tiada Pasangan (STR & eKasih) | RM1,650 | Jan – Mac RM100 April – Dis RM150 |
Bujang (STR & eKasih) | RM600 | Jan – Mac RM50 April – Dis RM50 |
Isi Rumah (STR sahaja) | RM900 | Jan – Mac April – Dis RM100 |
Warga Emas Tiada Pasangan (STR sahaja) | RM450 | Jan – Mac April – Dis RM50 |
Senarai Barang MyKasih 2025
Berikut 13 kategori produk barangan keperluan asas yang boleh dibeli meggunakan bantuan Mykad :
- Beras : Jasmine / Jati, Bernas / Faiza / Cap Rambutan dan sebagainya.
- Roti : Gardenia / Massimo / Mighty White.
- Telur : Nutriplus / QL eggs / CP.
- Minyak Masak : Sri Murni / Saji / Alif / Daisy / Buruh / Knife / Vesawit.
- Tepung : Cap Sauh / Cap Lili / Faiza / Cap Ros / BlueKey.
- Biskut : Julies / Tiger / Munchys / Chipsmore / Jacobs / Hwa Tai / Hup Seng.
- Mi segera : Indo Mie / Mamee / Maggi / Cintan / Mi Sedap.
- Minuman : Tea Boh / Milo / Dutch Lady / F&N / Nescafe / Horlicks / Vico / Marigold / Quacker / Fernleaf.
- Makanan dalam tin : Ayam Brand / Yoes, Adabi / Kimball / Tc Boy / King Cup.
- Bahan perasa : Sos Puteri / Kimball / Life / Jalen / Cap Kipas Udang / Tamin / Maggi / Faiza / Planta.
- Produk kebersihan : Colgate / Dettol / Kotex.
- Ubat-ubatan : Prospan / Hurix’s / Panadol / Sterimar / Difflam.
- Barangan persekolahan : Bata / Canggih / Stabilo / Faber-Castell / Staedtler.

Panduan Menggunakan Bantuan MyKasih
Kaedah menggunakan bantuan Mykad untuk pembelian adalah seperti berikut :
- Pilih Barangan Keperluan
- Penerima boleh memilih barangan keperluan berdasarkan 13 kategori produk yang mempunyai label Mykasih di rak tanda harga.
- Tunjuk Mykad Untuk Pengesahan
- Juruwang menyemak status MyKad penerima bantuan
- Tukar Nombor Pin
- Penerima bantuan perlu menukar no pin sementara (6-digit pertama MyKad) kepada no pin yang baharu
- Imbas Kod Barangan
- Juruwang mengimbas setiap barang keperluan asas yang ingin dibeli
- Bayar Menggunakan MyKad
- Penerima bantuan memasukkan no pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian.
- Simpan Resit Untuk Semakan
- Penerima bantuan menyimpan resit untuk menyemak transaksi pembelian
Cara Semakan Baki Bantuan MyKasih
Semakan baki bantuan MyKad boleh disemak melalui kaedah berikut :
- Semakan melalui Portak Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
- Semakan melalui aplikasi MyKasih : https://mykasih.com.my/mykasih-app/
- Resit pembelian :

Maklumat Lanjut
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih. Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Hotline : (603) 7720 1900
- Emel : [email protected]
Info
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat.
Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan.