SENARAI KEDAI TERIMA SARA – TERMASUK MYDIN, LOTU’S & ECONSAVE

SENARAI KEDAI TERIMA SARA – TERMASUK MYDIN, LOTU’S & ECONSAVE

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) telah dikreditkan mulai 9 Januari 2026 kepada penerima yang layak. Kerajaan turut mengumumkan pemberian bantuan SARA untuk semua ‘one off’ sebanyak RM100 kepada seluruh rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas. Bantuan ini, yang bakal diagihkan ke dalam MyKad penerima mulai 9 Februari 2026.

TARIKH PENTING SARA

Baca Juga : Bantuan Kanak-kanak JKM 2026

Menurut kenyataan rasmi yang dikeluarkan, bantuan ini boleh digunakan di lebih 10,000 kedai runcit dan pasar raya yang berdaftar dengan MyKasih di seluruh negara. Ini termasuklah pasar raya besar seperti Mydin, Lotus’s, Econsave, Giant, TF Value Mart, 99 Speedmart, The Store dan juga kedai-kedai komuniti yang lain.

Siapa Yang Layak Menerima Bantuan SARA?

Kelayakan bantuan SARA adalah automatik bagi mereka yang memenuhi syarat berikut :

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Berumur 18 tahun ke atas untuk bantuan RM100.
  3. Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 – merangkumi kategori Isi Rumah, Warga Emas Tiada Pasangan, dan Bujang.
  4. Golongan miskin atau miskin tegar yang tersenarai dalam sistem eKasih layak menerima kadar bantuan yang lebih tinggi.

Nota : Tiada pendaftaran diperlukan jika maklumat anda telah direkodkan di bawah STR atau eKasih; kerajaan akan memprosesnya secara automatik.

Bantuan ini melibatkan semua. Semua rakyat Malaysia yang telah mencapai umur 18 tahun akan menerima RM100 dalam bentuk kredit untuk membeli barangan keperluan asas di kedai-kedai yang terpilih di seluruh negara. Tiada permohonan diperlukan kerana kredit akan dimasukkan secara automatik.

Bagaimana Cara Menggunakan Kredit Dalam MyKad Anda?

Setiap penerima hanya perlu membawa MyKad mereka apabila membuat pembelian di kedai-kedai yang berdaftar dengan MyKasih. Prosesnya adalah seperti berikut :

  • Pilih barangan keperluan asas daripada senarai kategori yang telah ditetapkan.
  • Bawa barangan tersebut ke kaunter pembayaran.
  • Serahkan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan.
  • Jumlah pembelian akan ditolak secara automatik daripada kredit RM100 yang ada.
  • Jika masih terdapat baki, ia boleh digunakan untuk pembelian seterusnya sebelum tarikh 31 Disember 2025.

Kerajaan juga ingin memaklumkan bahawa baki kredit yang tidak digunakan tidak boleh ditukarkan kepada wang tunai dan hanya boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan asas sahaja.

Senarai Barangan Yang Boleh Dibeli Menggunakan Bantuan SARA RM100

Kredit RM100 ini hanya boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan asas yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Berikut adalah kategori barangan yang dibenarkan :

  • Makanan Asas
    • Beras
    • Minyak masak
    • Tepung gandum
    • Gula dan garam
    • Roti
    • Telur
    • Mi segera
    • Biskut asas
    • Makanan dalam tin (sardin, tuna, kacang panggang)
  • Minuman
    • Susu segar, susu tepung dan susu pekat
    • Minuman malt seperti Milo atau Ovaltine
    • Air mineral
  • Barangan Kebersihan Diri
    • Sabun mandi
    • Syampu
    • Ubat gigi dan berus gigi
    • Tuala wanita
  • Barangan Kebersihan Rumah
    • Serbuk atau cecair pencuci pakaian
    • Pencuci pinggan
    • Pencuci lantai
    • Tisu gulung
  • Ubat-Ubatan Asas
    • Paracetamol (Panadol)
    • Ubat batuk asas
    • Minyak angin
    • Krim luka ringan
  • Barangan Persekolahan
    • Buku latihan
    • Pensel, pen dan pemadam
    • Beg sekolah asas
    • Botol air
SENARAI BARANGAN SARA

Barangan Yang Tidak Boleh Dibeli

Kerajaan juga menegaskan bahawa kredit RM100 ini tidak boleh digunakan untuk membeli barangan seperti :

  • Rokok dan vape
  • Minuman keras atau beralkohol
  • Barang kosmetik mewah
  • Gajet elektronik
  • Makanan ringan yang berjenama mahal
  • Produk bukan keperluan asas seperti pakaian fesyen

Langkah ini diambil bagi memastikan bantuan ini digunakan sepenuhnya untuk memenuhi keperluan asas harian rakyat.

Senarai Kedai Terima SARA

Terdapat lebih daripada 10,000 premis yang berdaftar dengan MyKasih di seluruh negara yang menerima pembayaran menggunakan bantuan SARA ini. Antara rangkaian utama yang terlibat adalah :

  • Mydin
  • Giant
  • Lotus’s
  • Econsave
  • 99 Speedmart
  • TF Value Mart
  • The Store
  • Pasar raya komuniti dan kedai runcit tempatan yang berdaftar

Untuk senarai kedai yang lebih lengkap, anda boleh memuat turun aplikasi MyKasih di Google Play dan Apple App Store, atau layari portal rasmi MyKasih.

Cara Semak Status Bantuan SARA 2026

Untuk memastikan sama ada anda layak menerima bantuan ini, anda boleh membuat semakan secara dalam talian melalui portal rasmi berikut :

  • Portal Sumbangan Asas Rahmah
    • Layari Portal Rasmi SARA di : https://www.sara.gov.my/
    • Halaman utama SARA akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Kelayakan].
    • Masukkan 12 digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
    • Klik [Semak Status].
    • Status kelayakan penerima dan bayaran akan dipaparkan : [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih].
    • Proses selesai.

Bagaimana Cara Menyemak Baki Bantuan SARA?

Penerima boleh menyemak baki kredit RM100 mereka melalui beberapa cara :

  1. Aplikasi MyKasih (terdapat fungsi imbasan kod bar untuk menyemak sama ada sesuatu barangan itu dibenarkan)
  2. Portal rasmi MyKasih
  3. Kaunter pembayaran di kedai-kedai yang berdaftar dengan MyKasih

Maklum Balas Daripada Rakyat

Bantuan ini telah menerima pelbagai reaksi daripada orang ramai. Kebanyakan menyambut baik inisiatif kerajaan ini kerana ia membantu menampung sebahagian daripada kos barangan keperluan asas.

Bantuan SARA ini jika digunakan untuk membeli beras, minyak masak, telur dan susu, sekurang-kurangnya ia dapat meringankan perbelanjaan dapur, kata seorang penerima di Shah Alam.

Ada juga yang mengingatkan orang ramai untuk menggunakan bantuan ini dengan sebaik mungkin dan tidak membiarkan baki yang ada luput begitu sahaja.

Soalan Lazim (FAQ) SARA

Bolehkah SARA One-Off dikeluarkan dalam bentuk tunai?

Tidak. Ia hanya boleh digunakan untuk pembelian barangan keperluan asas melalui MyKad.

Adakah saya perlu memohon bantuan ini?

Tidak. Semua penerima SARA sedia ada layak secara automatik.

Bilakah tarikh pembayaran SARA dibuat?

Pembayan bantuan SARA bermula pada 9 Januari 2026.

Bagaimana jika kredit tidak dimasukkan ke dalam MyKad saya?

Semak status anda di portal rasmi MyKasih atau hubungi talian bantuan MyKasih.

Kedai Terima SARA RM100

Bantuan SARA RM100 sekali sahaja untuk tahun 2025 merupakan satu inisiatif kerajaan yang amat baik untuk menghargai rakyat Malaysia. Dengan lebih daripada 4,100 kedai dan pasar raya yang berdaftar, rakyat boleh mendapatkan barangan keperluan asas dengan mudah.

Walau bagaimanapun, tempoh penggunaan bantuan bermula dari 31 Ogos hingga 31 Disember 2025 sahaja. Oleh itu, rakyat diingatkan untuk menggunakan bantuan ini sepenuhnya sebelum tarikh tersebut agar tidak rugi.

Kerajaan berharap agar inisiatif ini dapat meringankan beban yang ditanggung oleh rakyat, terutamanya dalam menghadapi peningkatan kos sara hidup.

Maklumat Lanjut & Info Lanjut

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini :

Leave a Comment