SENARAI NAMA PENERIMA BANTUAN DALAM MYKAD RM100 APRIL 2024 : CHECK SEKARANG

SENARAI NAMA PENERIMA BANTUAN DALAM MYKAD RM100 APRIL 2024 : CHECK SEKARANG

Program bantuan tunai yang disalurkan ke dalam Mykad penerima masih diteruskan pemberian pada bulan April ini dengan jumlah bernilai RM100. Hampir 0.7 juta rakyat yang layak terpilih untuk menerima bantuan di dalam Mykad bagi bulan April 2024 ini.

Bagaimanakah semakan senarai nama penerima bantuan dalam mykad rm100 April? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN MYKAD RM100 APRIL : CHECK SEKARANG

TARIKH PENYALURAN BANTUAN DALAM MYKAD RM100 APRIL 2024

Berikut merupakan tarikh penyaluran bantuan RM100 ke dalam Mykad penerima bagi bulan April :

TARIKH PENYALURAN BANTUAN DALAM MYKAD
Bermula 1 April 2024 (Isnin)

KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN DALAM MYKAD RM100 APRIL 2024

Penerima yang dipilih layak adalah tertakluk kepada syarat kelayakan yang ditetapkan seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia;
  • Had umur 21 tahun dan ke atas;
  • Status berkeluarga atau ibubapa tunggal yang mempunyai anak;
  • Beralamat dan menetap di Semenanjung Malaysia;
  • Lulus / penerima Bantuan STR; dan
  • Berdaftar sebagai penerima miskin atau miskin tegar e-Kasih.

KADAR PENERIMA BANTUAN DALAM MYKAD APRIL 2024

Berikut merupakan kadar penerima bantuan dalam Mykad mengikut kategori :

KATEGORI PENERIMA
(MISKIN TEGAR)
JUMLAH
BANTUAN
Isi Rumah Berkeluarga / Ibubapa tunggal
yang mempunyai anak
RM100
Warga Emas tiada pasangan / Ibubapa tunggal
yang tidak mempunyai anak
RM100
Bujang / Bujang OKURM50
*Penerima dalam kategori miskin tegar adalah seramai 0.2 juta.
KATEGORI PENERIMA
(MISKIN)
JUMLAH
BANTUAN
Isi Rumah Berkeluarga / Ibubapa tunggal
yang mempunyai anak
RM100
Warga Emas tiada pasangan / Ibubapa tunggal
yang tidak mempunyai anak
RM100
Bujang / Bujang OKURM50
*Manakala bagi penerima dalam kategori miskin adalah seramai 0.5 juta.

SENARAI NAMA PENERIMA BANTUAN DALAM MYKAD RM100 APRIL 2024

Untuk semakan nama penerima, perlu disemak melalui laman rasmi seperti pautan berikut :

  1. Sila klik pautan laman rasmi semakan di sini : https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus.
  2. Anda akan dibawa ke bahagian ‘Semakan Status’.
  3. Masukkan Nombor Mykad anda dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
  4. Tekan butang [Semak Status].
  5. Status nama penerima yang layak akan dipaparkan.
  6. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi Bantuan dalam Mykad. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

Leave a Comment