SENARAI NAMA PENERIMA BANTUAN MYKAD B40 2024 : SEMAK STATUS SEKARANG
Pendapatan bulanan bagi individu yang dikategorikan sebagai B40 mungkin tidak mengcukupi untuk menampung perbelanjaan setiap bulan. Oleh itu Kerajaan melancarkan bantuan tunai yang disalurkan ke dalam Mykad penerima untuk membantu meringankan bebanan kos sara hidup rakyat dalam kategori B40.
Bagaimanakah semak senarai nama penerima bantuan mykad b40? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : SENARAI NAMA PENERIMA BANTUAN BARANG DAPUR B40 : SEMAK STATUS SEKARANG
KAEDAH PEMAKLUMAN PENERIMA BANTUAN MYKAD B40 2024
Penerima yang disahkan layak akan dimaklumkan mengikut kaedah seperti berikut :
- Surat makluman:
- Sesetengah penerima yang layak akan menerima surat pemakluman mengikut alamat yang didaftarkan; atau
- Sistem SMS:
- Penerima yang layak akan menerima Sistem Pesanan Ringkas / aplikasi WhatsApp (SMS) daripada MyKasih untuk mengesahkan status mereka sebagai penerima di bawah program ini.
- Semakan terus melalui portal rasmi :
- Sekiranya tiada apa-apa pemakluman yang diterima, pemohon boleh membuat semakan status di portal rasmi bantuan : https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus.
JUMLAH BANTUAN MYKAD B40 2024
Penerima yang layak akan menerima bantuan tunai yang disalurkan ke dalam Mykad mengikut jumlah setiap kategori yang ditetapkan seperti berikut :
KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BANTUAN |
---|---|
Isi Rumah berkeluarga | RM100 setiap bulan |
Warga Emas | RM100 setiap bulan |
Bujang / Bujang OKU | RM50 setiap bulan |
CARA MENGGUNAKAN BANTUAN MYKAD B40 2024
Berikut merupakan cara menggunakan bantuan yang disalurkan ke dalam Mykad :
- Sila kunjungi kedai terpilih yang berdaftar dengan bantuan ini (rujuk senarai kedai berhampiran anda di sini : https://app.mykasih.net/sara2/merchant-list.
- Pilih Barangan Keperluan berdasarkan 13 kategori produk yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga.
- Tunjuk MyKad Untuk Pengesahan penerima bantuan.
- Juruwang akan mengimbas setiap barang keperluan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang diluluskan.
- Bayar Menggunakan MyKad dan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian.
- Simpan Resit Untuk Semakan baki.
SENARAI NAMA PENERIMA BANTUAN MYKAD B40 2024
Ikuti cara semakan penerima yang layak bantuan yang disalurkan ke dalam Mykad seperti berikut :
- Sila pada pautan portal rasmi semakan di sini : https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus.
- Anda akan dibawa ke bahagian ‘Semakan Status’.
- Masukkan Nombor Mykad anda dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
- Tekan butang [Semak Status].
- Status anda akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :
Talian Bantuan MyKasih : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
E-mel : [email protected]
Laman Bantuan MyKasih : https://www.mykasih.com.my/contact-us/.
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.