SENARAI NAMA PENERIMA BANTUAN MYKAD RM100 APRIL 2024 : CHECK SEKARANG
Sebelum perayaan Aidilfitri menjelma tiba, Kerajaan telah memperuntukan pelbagai bantuan termasuk bantuan yang dikreditkan ke dalam Mykad bernilai RM100 untuk membantu rakyat terutamanya golongan yang berpendapatan rendah untuk membuat persiapan menyambut hari raya Aidilfitri.
Bagaimanakah semakan senarai nama penerima bantuan mykad rm100? Ikuti penerangan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : SEMAKAN STATUS BANTUAN KHAS AIDILFITRI RM500 DIKREDITKAN PADA 5 APRIL : CHECK PENERIMA SEKARANG
TARIKH KREDIT BANTUAN MYKAD RM100 APRIL 2024
Kerajaan akan mengkreditkan bantuan ke dalam Mykad penerima sebanyak RM100 pada tarikh seperti berikut :
TARIKH KREDIT BANTUAN MYKAD RM100 |
---|
Bermula 1 April 2024 (Isnin) |
KAEDAH MENGGUNAKAN BANTUAN MYKAD RM100 APRIL 2024
Penerima yang disahkan layak boleh menggunakan bantuan dalam Mykad RM100 mengikut kaedah seperti berikut :
- Penerima perlu mengunjungi kedai terpilih yang berdaftar dengan bantuan ini.
- Pilih barangan keperluan berdasarkan 13 kategori produk yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga.
- Tunjuk MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan.
- Juruwang akan mengimbas setiap barang keperluan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang diluluskan.
- Bayar Menggunakan MyKad dan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian.
- Simpan resit untuk semakan baki.
*Nota : Pembelian selain barangan tersebut dan pembelian melebihi baki semasa dalam MyKad perlu dibayar oleh penerima.
KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN MYKAD RM100 APRIL 2024
Pemberian bantuan dalam Mykad RM100 bulan April ini adalah terhad kepada yang memenuhi syarat kelayakan seperti berikut :
- Warganegara Malaysia;
- Beralamat dan menetap di Semenanjung Malaysia;
- Had umur 21 tahun dan ke atas;
- Berkeluarga atau ibubapa tunggal yang mempunyai anak;
- Lulus permohonan Sumbangan Tunai Rahmah; dan
- Berdaftar dengan e-Kasih sebagai penerima Miskin / Miskin Tegar.
SENARAI NAMA PENERIMA BANTUAN MYKAD RM100 APRIL 2024
Untuk semakan senarai nama penerima bantuan dalam Mykad, perlu disemak melalui laman rasmi seperti berikut :
- Sila klik pautan laman rasmi semakan di sini : https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus.
- Anda akan dibawa ke bahagian ‘Semakan Status’.
- Masukkan Nombor Mykad anda dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
- Tekan butang [Semak Status].
- Status nama penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi Bantuan dalam Mykad. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.