SENARAI NAMA PENERIMA BANTUAN MYKAD RM100 SEPTEMBER 2024 : CHECK SEKARANG

SENARAI NAMA PENERIMA BANTUAN MYKAD RM100 SEPTEMBER 2024 : CHECK SEKARANG

Awal bulan September ini, Kerajaan akan segera mengkreditan bantuan ke dalam MyKad ribuan senarai nama penerima yang layak. Setiap penerima terutamanya golongan isi rumah akan menerima bantuan berjumlah RM100 di dalam MyKad dan terus boleh menggunakannya.

Bagaimanakah semak senarai nama penerima bantuan mykad rm100 September? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : CHECK BANTUAN DALAM MYKAD FASA 3 : SEMAK STATUS SEKARANG

BERAPAKAH JUMLAH PERUNTUKAN BANTUAN MYKAD RM100 SEPTEMBER 2024

Jumlah peruntukan bantuan MyKad telah meningkat sebanyak lima kali ganda iaitu sebanyak RM700 juta kepada lebih 700,000 ribu penerima berbanding sebelum ini yang hanya diperuntukan sebanyak RM103 juta kepada 210,000 ribu penerima sahaja.

BILAKAH TARIKH KREDIT BANTUAN MYKAD RM100 SEPTEMBER 2024

Oleh kerana bilangan penerima yang layak adalah seramai lebih 700,000 ribu, Kerajaan akan mengkreditkan bantuan ke dalam MyKad secara berperingkat bermula pada tarikh 1 September 2024 (Ahad) dan sehingga selesai bulan September ini.

APAKAH MANFAAT PENERIMA BANTUAN MYKAD RM100 SEPTEMBER 2024

Penerima yang layak akan memperoleh manfaat daripada bantuan MyKad seperti :

  • Boleh menggunakan bantuan MyKad untuk membeli barang dapur, barang sekolah anak dan ubat-ubatan;
  • Bantuan MyKad boleh digunakan di 600 kedai terpilih seluruh Malaysia;
  • Cara penggunaan yang mudah (cashless) seperti kad bank;
  • Baki yang tidak digunakan akan dibawa ke bulan seterusnya;
  • Had pembelian sehingga RM1,200 setahun.

BILAKAH TEMPOH SAHLAKU BANTUAN MYKAD RM100 SEPTEMBER 2024

Tempoh sahlaku Bantuan MyKad yang diberikan pada bulan September bernilai RM100 bolah digunakan sehingga akhir bulan Disember 2024 kerana sekiranya penerima tidak menggunakannya, ia akan dibawa ke bulan seterusnya bersama dengan pengkreditan baru.

SEMAK SENARAI NAMA PENERIMA BANTUAN MYKAD RM100 SEPTEMBER 2024

Ikuti cara semak senarai nama penerima Bantuan MyKad RM100 bagi bulan September seperti berikut :

  1. Sila layari laman rasmi semakan di sini : https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus.
  2. Bahagian ‘Semakan’ akan dipaparkan.
  3. Klik pada ruangan [Nombor MyKad*].
  4. Kemudian, isikan nombor kad pengenalan (contoh : 710230114567).
  5. Seterusnya, klik pada butang [Semakan Status] di bawah.
  6. Nama penerima bulan September akan dipaparkan.
  7. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

1 thought on “SENARAI NAMA PENERIMA BANTUAN MYKAD RM100 SEPTEMBER 2024 : CHECK SEKARANG”

Leave a Comment