SENARAI NAMA PENERIMA BANTUAN MYKASIH 1200 2024 : CHECK STATUS SEKARANG

SENARAI NAMA PENERIMA BANTUAN MYKASIH 1200 2024 : CHECK STATUS SEKARANG

Demi membantu rakyat untuk menghadapi cabaran ekonomi yang semakin mencabar kini, Kerajaan telah menaikkan kadar bantuan MyKasih sebanyak RM1,200 berbanding tahun lepas hanya RM600 sahaja. Bantuan ini adalah disalurkan sepanjang tahun ini.

Bagaimanakah semak senarai nama penerima bantuan mykasih 1200? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : SEMAKAN BANTUAN EWALLET RM300 : CHECK PENERIMA SEKARANG

JUMLAH PENERIMA BANTUAN MYKASIH 1200 2024

Jika tahun sebelum ini Bantuan MyKasih hanya terhad kepada 210,000 penerima sahaja. Namun, bagi tahun 2024 ini Kerajaan telah memperkenalkan kategori penerima baharu yang dinaikkan jumlah penerima sehingga 700,000 yang layak menerima bantuan ini.

TEMPOH PENYALURAN BANTUAN MYKASIH 1200 2024

Bagi tahun 2024 ini, tempoh penyaluran Bantuan MyKasih adalah selama 12 bulan berbanding tahun sebelum ini hanya selama tempoh 6 bulan sahaja diberikan. Bantuan MyKasih ini adalah sah sehingga 31 Disember 2024 ini dan akan tamat tempoh serta merta selepas daripada tarikh tersebut.

TARIKH BAYARAN BANTUAN MYKASIH 1200 2024

Pembayaran Bantuan MyKasih yang bernilai RM1,200 bagi penerima di Semenanjung Malaysia adalah bermula pada 22 Januari 2024 dan disalurkan RM100 setiap bulan. Bermula pada bayaran kedua dan seterusnya akan disalurkan bermula 1 hari bulan setiap bulan sehingga bayaran akhir pada 1 Disember 2024.

Namun, bagi penerima di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan adalah dibayar dua (2) kali dalam setahun iaitu sebanyak RM600 setiap bayaran bermula pada 19 Februari 2024 dan bayaran akhir adalah pada 12 Ogos 2024.

SENARAI NAMA PENERIMA BANTUAN MYKASIH 1200 2024

Ikuti cara semakan senarai nama penerima Bantuan MyKasih yang bernilai RM1,200 di pautan portal rasmi MyKasih di bawah :

  1. Sila klik pautan laman rasmi MyKasih di sini : https://www.mykasih.com.my/.
  2. Pada halaman utama MyKasih, sila klik pada [SEMAK STATUS].
  3. Anda akan dibawa ke bahagian ‘Semakan Status’.
  4. Masukkan Nombor Mykad anda dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
  5. Tekan butang [Semak Status].
  6. Status anda akan dipaparkan.
  7. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

Leave a Comment