SENARAI NAMA PENERIMA BANTUAN MYKASIH RM1800 2024 : SEMAK SEKARANG

SENARAI NAMA PENERIMA BANTUAN MYKASIH RM1800 2024 : SEMAK SEKARANG

Teras kepada ekonomi MADANI adalah untuk mengangkat taraf ekonomi golongan rentan dan menjunjung prinsip kesaksamaan rakyat Malaysia. Oleh itu, pelbagai bantuan disalurkan dan antaranya adalah bantuan Mykasih yang disalurkan sepanjang tahun 2024 ini.

Bagaimanakah semakan nama penerima bantuan mykasih rm1800? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : CHECK NAMA PENERIMA BANTUAN MYKAD RM100 SETIAP BULAN : SEMAK SEKARANG

APA ITU BANTUAN MYKASIH 2024

MyKasih merupakan sebuah program bantuan yang bermula sejak tahun 2009 yang diusahakan oleh NGO tempatan Tan Sri Dr Ngau Boon Keat bersama isterinya Puan Sri Jean. Bermula pada tahun 2023, Kerajaan MADANI telah memperuntukan sebanyak RM130 juta untuk rakyat golongan Miskin tegar.

Pada tahun 2024, Kerajaan MADANI masih meneruskan pemberian bantuan ini, malah telah ditambahbaik serta dinaikkan peruntukan sehingga RM700 juta yang bersamaan lima kali ganda berbanding tahun lepas dan penerima tidak hanya terhad kepada golongan Miskin tegar sahaja.

BENARKAH KADAR BANTUAN MYKASIH RM1800 2024

Setiap penerima akan menerima kadar bantuan Mykasih yang berbeza mengikut kategori kelayakan. Kadar tertinggi adalah sebanyak RM1,200 untuk kategori isi rumah dan warga emas (berstatus miskin / miskin tegar) manakala, untuk kategori bujang miskin / miskin tegar pula akan menerima sebanyak RM600.

Bagi kadar terendah adalah sebanyak RM300 untuk kategori isi rumah asas bukan miskin dan masing-masing untuk kategori warga emas dan bujang yang berstatus asas bukan miskin pula akan menerima kadar terendah RM150 sahaja.

BILAKAH TARIKH AGIHAN BANTUAN MYKASIH RM1800 2024

Tarikh agihan bantuan Mykasih telah ditetapkan seperti berikut :

  • Penerima di negeri-negeri Semenanjung Malaysia :
    • Akan diagihkan ke dalam kad pengenalan setiap bulan seperti tarikh berikut :
BIL.TARIKH AGIHANKADAR BANTUAN
ISI RUMAH /
WARGA EMAS
KADAR BANTUAN
BUJANG
1.22Jan2024RM100RM50
2.01Feb2024RM100RM50
3.01Mac2024RM100RM50
4.01Apr2024RM100RM50
5.01Mei2024RM100RM50
6.01Jun2024RM100RM50
7.01Jul2024RM100RM50
8.01Ogs2024RM100RM50
9.01Sep2024RM100RM50
10.01Okt2024RM100RM50
11.01Nov2024RM100RM50
12.01Dis2024RM100RM50
JUMLAHRM1,200RM600
  • Penerima di Negeri Sabah / Sarawak :
    • Akan diagihkan secara tunai ke dalam akaun bank dua kali setahun seperti tarikh berikut :
BIL.TARIKH AGIHANKADAR BANTUAN
ISI RUMAH /
WARGA EMAS
KADAR BANTUAN
BUJANG
1.19Feb2024RM600RM300
2.12Ogs2024RM600RM300
JUMLAHRM1,200RM600

SENARAI NAMA PENERIMA BANTUAN MYKASIH RM1800 2024

Ikuti cara semakan penerima bantuan di pautan rasmi Mykasih seperti berikut :

  1. Sila layari portal rasmi Mykasih; atau klik pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Pada laman rasmi MyKasih, sila klik pada [SEMAK STATUS].
  3. Anda akan dibawa ke bahagian ‘Semakan Status’.
  4. Masukkan Nombor Mykad anda dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
  5. Seterunya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  6. Tekan butang [Semak Status].
  7. Status penerima akan dipaparkan.
  8. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

Leave a Comment