SENARAI NAMA PENERIMA BANTUAN MYSARA 2024 : SEMAK STATUS SEKARANG
Demi mengangkat taraf ekonomi segelintir rakyat Malaysia, Kerajaan menyasar semula subsidi dan lebihan daripada penjimatan subsidi tersebut akan disalurkan kepada rakyat Malaysia yang memerlukan melalui Bantuan MySara dengan mengikut kadar setiap individu yang ditetapkan.
Bagaimanakah semak senarai nama penerima bantuan mysara? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : SENARAI NAMA PENERIMA BANTUAN DALAM MYKAD 100 SETIAP BULAN : CHECK STATUS SEKARANG
PENGENALAN BANTUAN MYSARA
Bantuan MySara merupakan bantuan tambahan yang disalurkan sepanjang tahun 2024 yang bernilai sehingga RM1,200 dan mengikut kadar yang ditetapkan setiap penerima. Bantuan MySara pada awalnya diberikan kepada golongan miskin tegar sahaja. Namun kini telah diperluaskan kepada golongan miskin dan golongan asas.
AMAUN BANTUAN MYSARA 2024
Setiap penerima akan menerima Bantuan MySara mengikut amaun yang telah ditetapkan seperti berikut :
- Isi Rumah berkeluarga / ibubapa tunggal yang mempunyai anak :
- Berstatus Miskin Tegar : RM1,200.
- Berstatus Miskin e-Kasih : RM1,200.
- Berstatus Asas bukan Miskin : RM300.
- Warga emas tiada pasangan :
- Berstatus Miskin Tegar : RM1,200.
- Berstatus Miskin e-Kasih : RM1,200.
- Berstatus Asas bukan Miskin : RM150.
- Bujang / Bujang OKU :
- Berstatus Miskin Tegar : RM600.
- Berstatus Miskin e-Kasih : RM600.
- Berstatus Asas bukan Miskin : RM150.
KAEDAH PENERIMA BANTUAN MYSARA 2024
Bayaran Bantuan MySara adalah berbeza setiap negeri penerima seperti berikut :
- Penerima di Negeri-negeri Semenanjung Malaysia :
- Penerima akan menerima Bantuan Mysara setiap bulan ke dalam Kad pengenalan khas untuk membeli barangan keperluan asas.
- Penerima di Negeri Sabah dan Sarawak :
- Penerima akan menerimanya secara tunai / melalui kad bank yang didaftarkan.
SENARAI NAMA PENERIMA BANTUAN MYSARA 2024
Ikuti cara semakan status penerima Bantua MySara seperti berikut :
- Sila layari laman semakan rasmi pada pautan di sini : https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus.
- Anda akan dibawa ke bahagian ‘Semakan Status’.
- Masukkan Nombor Mykad anda dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
- Tekan butang [Semak Status].
- Status anda akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :
Talian Bantuan MyKasih : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
E-mel : [email protected]
Laman Bantuan MyKasih : https://www.mykasih.com.my/contact-us/.
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.