SENARAI NAMA PENERIMA BANTUAN RM100 SETIAP BULAN DALAM MYKAD 2024 : SEMAK SEKARANG
MyKAD adalah dicipta sebagai kad pintar yang hanya boleh digunakan oleh pemilik sahaja. Oleh itu, Kerajaan mengambil inisiatif untuk menyalurkan bantuan ke dalam MyKAD sebagai elaun bulanan khusus digunakan untuk pembelian bayaran tanpa tunai (cashless).
Bagaimanakah semakan senarai nama penerima bantuan rm100 setiap bulan dalam mykad? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : SEMAKAN BAYARAN BANTUAN STR FASA 3 : CHECK STATUS
PROSES PENERIMAAN BANTUAN RM100 SETIAP BULAN DALAM MYKAD 2024
Berikut merupakan proses penerimaan bantuan RM100 setiap bulan ke dalam MyKAD :
- Pemohon perlu membuat permohonan dan mendaftar sebagai rakyat miskin;
- Setelah diluluskan, akaun akan dibuka melalui nombor MyKAD yang telah didaftarkan;
- Elaun sebanyak RM100 akan dimasukkan ke dalam MyKAD secara automatik setiap bulan;
- Penerima perlu menggunakan bantuan dalam MyKAD di mana-mana kedai terpilih seluruh Malaysia;
- Pembayaran haruslah secara tanpa tunai (cashless) menggunakan MyKAD.
KATEGORI PENERIMA BANTUAN RM100 SETIAP BULAN DALAM MYKAD 2024
Bantuan setiap bulan yang dikreditkan ke dalam Mykad adalah mengikut kategori seperti berikut :
KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BANTUAN |
---|---|
ISI RUMAH BEKELUARGA | RM100 setiap bulan |
WARGA EMAS | RM100 setiap bulan |
BUJANG | RM50 setiap bulan |
TARIKH PENERIMAAN BANTUAN RM100 SETIAP BULAN DALAM MYKAD 2024
Pengkreditan bantuan ke dalam Mykad kini telah ke pertengahan tahun dan penerima akan menerima bantuan mengikut tarikh seperti berikut :
- 01/06/2024 (RM100);
- 01/07/2024 (RM100);
- 01/08/2024 (RM100);
- 01/09/2024 (RM100);
- 01/10/2024 (RM100);
- 01/11/2024 (RM100);
- 01/12/2024 (RM100).
SENARAI NAMA PENERIMA BANTUAN RM100 SETIAP BULAN DALAM MYKAD 2024
Untuk mengetahui senarai nama penerima yang terpilih, perlu disemak melalui laman rasmi bantuan seperti berikut :
- Sila llayari laman rasmi semakan senarai nama penerima bantuan dalam MyKAD di sini : https://mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama, sila klik pada [SEMAK STATUS].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan pemohon dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
- Seterunya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
- Status penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://www.mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/.