SPM RESULT SLIP 2025 : SEMAKAN KEPUTUSAN SIJIL PEPERIKSAAN MALAYSIA

SPM RESULT SLIP 2025 : SEMAKAN KEPUTUSAN SIJIL PEPERIKSAAN MALAYSIA

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memaklumkan bahawa keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2024 telah dikeluarkan pada 24 April 2025.

Seramai 402,956 calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di 3,337 pusat peperiksaan di seluruh negara.

Calon sekolah boleh memperoleh keputusan peperiksaan SPM daripada sekolah masing-masing bermula 10.00 pagi. Bagi calon persendirian, keputusan peperiksaan akan dihantar melalui pos atau calon boleh menghubungi jabatan pendidikan negeri tempat calon mendaftar peperiksaan.

Calon sekolah dan calon persendirian juga boleh membuat semakan keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) secara atas talian (online).

Berikut dikongsikan cara membuat semakan keputusan SPM secara online dan sms.

SEMAKAN KEPUTUSAN SPM 2024

Baca Juga : Semakan PLKN Siri 3 2025

Cara Semakan Keputusan SPM 2025

Calon boleh membuat semakan keputusan SPM melalui cara berikut :

Semakan Melalui Portal Rasmi

Semakan Melalui SMS

  • Buka Mesej dalam telefon bimbit anda.
  • Klik pada [Cipta Mesej Baru].
  • Masukkan nombor 15888.
  • Kemudian taip SPM<jarak>Nombor Kad Pengenalan<jarak>Nombor Angka Giliran.
    • Contoh : SPM 06023011234 WY18270A
  • Klik butang [Hantar].
  • Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia akan dihantar melalui SMS.
  • Selesai.

Takrifan Gred Keputusan Peperiksaan SPM / IPBA

Berikut dikongsikan takrifan gred pada slip keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) :

  • A+ : Cemerlang Tertinggi.
  • A : Cemerlang Tinggi.
  • A- : Cemerlang.
  • B+ : Kepujian Tertinggi.
  • B : Kepujian Tinggi.
  • B- : Kepujian Atas.
  • C : Kepujian.
  • D : Lulus Atas.
  • E : Lulus.
  • G : Gagal.
  1. Keputusan ditahan / dibatal :
    • Catatan ‘Digantung’ menerangkan calon berkenaan disyaki telah melakukan salah laku semasa peperiksaan dan keputusan hanya dikeluarkan selepas siasatan selesai dijalankan.
    • Catatan ‘Dibatalkan’ menerangkan calon terbukti melakukan salah laku dan ditanda dengan ‘X’ dalam slip keputusan peperiksaan.
  2. Keputusan ‘T’ :
    • Catatan ‘T’ menerangkan calon tidak hadir kertas yang diduduki sama ada keseluruhan kertas atau sebahagian kertas.

Maklumat Lanjut

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi. Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

Info

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat.

Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan.

Leave a Comment