STR LOGIN SARA 2025 (PANDUAN SEMAK BANTUAN RM100 & RM50)
Pembayaran SARA Fasa 1 merupakan inisiatif penting kerajaan dalam memastikan kesejahteraan rakyat. Dengan pelbagai kategori bantuan dan kaedah pembayaran yang mudah, SARA Fasa 1 dijangka memberikan impak positif kepada golongan sasar.
Bagaimanakah cara semak status penerima bantuan rm100 dan rm50? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
Baca Juga : PERBEZAAN EKASIH MYKASIH STR (RUJUKAN LENGKAP BANTUAN KERAJAAN 2025)
CARA BANTUAN SARA 2025 DISALURKAN
STR LOGIN SARA 2025 (PANDUAN SEMAK BANTUAN RM100 & RM50)
Bagi memudahkan kesemua penerima seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak, Bantuan SARA akan disalurkan secara tanpa tunai (cashless) melalui pengkreditan ke dalam akaun kad pengenalan (MyKad) setiap bulan khas untuk pembelian barangan keperluan asas.
KEGUNAAN SARA 2025
Penerima Bantuan SARA boleh membeli barangan keperluan asas seperti berikut :
- Beras
- Roti
- Telur
- Minyak masak
- Tepung
- Biskut
- Mi segera
- Minuman
- Makanan dalam tin
- Bahan perasa
- Produk kebersihan
- Ubat-ubatan
- Barangan persekolahan
*Produk yang terpilih boleh dilihat di kedai atau pasaraya berhampiran yang mempunyai label ‘MyKasih / SARA’ pada rak tanda harga.
TARIKH SARA 2025 DISALURKAN
Bantuan SARA akan disalurkan sepanjang tahun 2025 mengikut tarikh seperti berikut :
PENERIMA SEDIA ADA | PENERIMA BARU |
---|---|
15 Januari 2025 | – |
Februari 2025 | – |
Mac 2025 | – |
April 2025 | April 2025 |
Mei 2025 | Mei 2025 |
Jun 2025 | Jun 2025 |
Julai 2025 | Julai 2025 |
Ogos 2025 | Ogos 2025 |
September 2025 | September 2025 |
Oktober 2025 | Oktober 2025 |
November 2025 | November 2025 |
Disember 2025 | Disember 2025 |
JUMLAH BANTUAN SARA 2025
Berikut merupakan jumlah bantuan SARA bagi tahun 2025 :
- Penerima Sedia Ada :
ISI RUMAH | WARGA EMAS | BUJANG |
---|---|---|
Januari – Mac : RM100 Sebulan April – Disember : RM200 Sebulan | Januari – Mac : RM100 Sebulan April – Disember : RM150 Sebulan | Januari – Disember : RM50 Sebulan |
= RM2,100 Setahun | = Rm1,650 Setahun | = RM600 Setahun |
- Penerima Baru :
ISI RUMAH | WARGA EMAS | BUJANG |
---|---|---|
April – Disember : RM100 Sebulan | April – Disember RM50 Sebulan | Tiada Peruntukan |
= RM900 Setahun | = RM450 Setahun | Tiada Peruntukan |
PANDUAN CEK SARA 2025
Panduan cek status penerima SARA 2025 adalah seperti berikut :
- Sila layari portal rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘Tiada Rekod Ditemui’.
- Selesai
Sekiranya status memaparkan ‘Tiada Rekod Ditemui, anda klik pada butang [STATUS_CHECK.GOTOBANTUAN].
- Halaman utaman Portal STR akan dipaparkan, klik [TUTUP] pemakluman terkini.
- Seterusnya, masukkan nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Sila klik pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
- Status bayaran [Bantuan SARA] akan dipaparkan ‘Lulus’ atau ‘Dalam Proses’.
- Selesai.
INFO
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan.
Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan SARA, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565/4566
- E mel : [email protected]