SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2025 : SEMAK STATUS KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK / TIDAK
Hasil daripada penyasaran subsidi dan usaha gigih kerajaan, bantuan ini dapat disalurkan kepada 5.4 juta rakyat dewasa Malaysia yang benar-benar layak melalui sebuah inisiatif bantuan bersasar yang dikenali sebagai Sumbangan Asas Rahmah. Nilai bantuan yang diberikan berbeza mengikut kelayakan setiap kategori.
Untuk menyemak status kelayakan bagi Sumbangan Asas Rahmah, sila ikuti panduan dan maklumat lanjut yang disediakan di bawah.
Baca Juga : KELEBIHAN KAD PEKERJA MADANI YANG PERLU ANDA TAHU : SEMAK DAN MOHON SEKARANG!
JUMLAH PENERIMA BANTUAN SARA 2025
Dari semasa ke semasa, jumlah penerima Sumbangan Asas Rahmah telah meningkat seperti berikut :
- 2023 : 0.2 juta penerima
- 2024 : 0.7 juta penerima
- 2025 : 5.7 juta penerima
Penerima Sumbangan Asas Rahmah bagi tahun 2025 merangkumi kategori isi rumah, warga emas, dan bujang yang terdiri daripada golongan miskin, miskin tegar, dan asas bukan miskin.
JUMLAH AGIHAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2025
Setiap kategori akan menerima nilai Sumbangan Asas Rahmah yang berbeza seperti berikut :
- Kategori Isi Rumah
- Isi Rumah Miskin & Miskin Tegar : RM2,100/setahun.
- Isi Rumah Asas Bukan Miskin : RM900/setahun.
- Kategori Bujang
- Bujang Miskin & Miskin Tegar : RM600/setahun.
- Kategori Warga Emas
- Warga Emas Miskin & Miskin Tegar : RM1,650/setahun.
- Warga Emas Asas Bukan Miskin : RM450/setahun.
KAEDAH AGIHAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2025
Pendekatan terkini kerajaan adalah untuk menyelaraskan kaedah penyaluran Sumbangan Asas Rahmah kepada semua penerima di seluruh Malaysia, termasuk Sabah, Sarawak, dan W.P Labuan, seperti berikut :
- Bantuan Sumbangan Asas Rahmah akan disalurkan kepada penerima secara ansuran setiap bulan melalui pengkreditan terus ke dalam Kad Pengenalan (KP) penerima.
TARIKH PENYALURAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2025
Sumbangan Asas Rahmah akan disalurkan setiap bulan mengikut tarikh berikut :
- Penyaluran Sesi Pertama (1)
- 15/01/2025 (Rabu)
- 01/02/2025 (Sabtu)
- 01/03/2025 (Sabtu)
- Penyaluran Sesi Kedua (2):
- 01/04/2025 (Selasa)
- 01/05/2025 (Khamis)
- 01/06/2025 (Ahad)
- 01/07/2025 (Selasa)
- 01/08/2025 (Jumaat)
- 01/09/2025 (Isnin)
- 01/10/2025 (Rabu)
- 01/11/2025 (Sabtu)
- 01/12/2025 (Isnin)
SEMAKAN STATUS SUMBANGAN ASAS RAHMAH SARA 2025
Untuk mengetahui status kelayakan anda bagi menerima Sumbangan Asas Rahmah, sila lakukan semakan kelayakan melalui langkah-langkah berikut :
- Layari portal rasmi Sumbangan Asas Rahmah (SARA).
- Pada halaman utama portal rasmi Sumbangan Asas Rahmah (SARA), klik pada butang [SEMAK KELAYAKAN].
- Bahagian semakan status akan dipaparkan.
- Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-), contohnya : 950230115678.
- Klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan dipaparkan.
- Selesai.
MAKLUMAT LANJUT
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi. Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Hotline : (603)-7720 1800
- Emel : [email protected]
INFO
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat.
Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan