SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (FASA 4 2024 SEMAKAN)
Bermula pada 7 November ini, Sumbangan Tunai Rahmah fasa keempat (4) boleh diambil secara tunai di mana-mana kaunter cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) khas kepada penerima yang tiada maklumat perbankan atau status ‘Gagal Kredit’ dan bantuan dikreditkan ke dalam akaun bank penerima secara berperingkat.
Bagaimanakah semakan sumbangan tunai rahmah fasa 4? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : BANTUAN MYKAD MADANI : SEMAK PENERIMA SEKARANG
SEMAKAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (FASA 4 2024)
Ikuti cara semakan status bayaran penerima fasa empat (4) di bawah :
- Sila layari pautan Portal Rasmi di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Halaman utama Portal akan dipaparkan.
- Masukkan nombor kad pengenalan tanpa tanda sengkang (-).
- Klik butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak].
- Tekan [Ya] sekiranya frasa keselamatan yang dipaparkan adalah betul.
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Klik butang [Log Masuk].
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status bayaran penerima fasa empat (4) akan dipaparkan.
- Selesai.
AMAUN BAYARAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (FASA 4)
Berikut merupakan amaun bayaran fasa empat (4) kepada penerima sedia ada :
- Kategori Isi Rumah :
- Isi Rumah B40 :
- Tiada anak : RM200.
- 1 hingga 2 anak : RM350.
- 3 hingga 4 anak : RM500.
- 5 dan ke atas : RM650.
- Isi Rumah M40 :
- Tiada anak : RM150.
- 1 hingga 2 anak : RM200.
- 3 hingga 4 anak : RM250.
- 5 dan ke atas : RM300.
- Isi Rumah B40 :
- Kategori Bujang :
- Bujang 21 hingga 59 tahun : RM100.
- Bujang 60 ke atas : RM150.
KAEDAH SUMBANGAN TUNAIRAHMAH DIBAYAR
Terdapat dua (2) kaedah Sumbangan Tunai Rahmah ini dibayar kepada penerima, iaitu :
- Dibayar secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional :
- Kepada penerima tiada akaun bank atau status ‘Gagal Kredit’.
- Dikreditkan ke dalam akaun bank penerima / pasangan :
- Kepada penerima yang mempunyai akaun bank.
JADUAL BAYARAN SUMBANGAN TUNAIRAHMAH (FASA 4 2024)
Pembayaran Sumbangan TunaiRahmah adalah bermula pada tarikh 7 November 2024 (Khamis) dan berperingkat selama beberapa hari ke dalam akaun bank penerima mengikut waktu berikut :
- Bank Simpanan Nasional : Selepas 6 petang;
- Bank Islam : Selepas 8 malam;
- Affin Bank : Selepas 8 malam;
- Ambank : Selepas 8 malam;
- Maybank : Selepas 9 malam;
- Cimb Bank : Selepas 9 malam;
- RHB Bank : Selepas 9 malam; dan
- Bank Muamalat : Selepas 10 malam.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi STR. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_PEMBAYARAN%20STR%202024.pdf.