TARIKH BAYARAN BANTUAN MYSTR FASA 3 2024 : SEMAKAN

TARIKH BAYARAN BANTUAN MYSTR FASA 3 2024 : SEMAKAN

Bayaran bantuan MySTR (Sumbangan Tunai Rahmah) adalah secara berperingkat mengikut fasa dan kini adalah fasa ketiga pembayaran yang dijangka bakal dilaksanakan tidak lama lagi dan akan memanfaatkan hampir 9 juta penerima yang berkelayakan.

Bagaimanakah semakan tarikh bayaran bantuan mystr fasa 3? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : MY KASIH SEMAKAN STATUS BANTUAN RM1200 : CHECK SEKARANG

KADAR BAYARAN BANTUAN MYSTR 2024

Pembayaran bantuan MySTR bagi tahun 2024 telah dinaikkan setiap kategori seperti berikut :

  • Kategori Isi Rumah :
    • Kadar pembayaran adalah mengikut pendapatan dan juga bilangan anak / tanggungan seperti berikut :
PENDAPATAN ISI
RUMAH /
BIL. ANAK
TIADA ANAK1 – 2 ANAK3 – 4 ANAK5 KE ATAS
Bawah RM2,500RM1,000RM1,500RM2,000RM2,500
RM2,501 hingga
RM5,000
RM500RM750RM1,000RM1,250
  • Kategori Bujang :
    • Kadar pembayaran bujang pula adalah mengikut had umur seperti berikut :
HAD UMUR PENERIMAKADAR BAYARAN
21 hingga 59 tahunRM350
60 tahun ke atasRM600

KAEDAH BAYARAN BANTUAN MYSTR FASA 3 2024

Terdapat dua (2) kaedah pembayaran bantuan MySTR kepada penerima, iaitu :

  1. Pengkreditan secara tunai melalui akaun bank penerima / pasangan; atau
  2. Secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN), sekiranya :
    • Status ‘Gagal Kredit’; atau
    • Tiada maklumat perbankan.

TARIKH BAYARAN BANTUAN MYSTR FASA 3 2024

Penerima akan menerima bayaran bantuan MySTR bagi fasa ketiga (3) adalah pada :

PERKARATARIKH
Bayaran Bantuan MySTR Fasa 3** Ogos 2024
*Nota : Tarikh adalah tertakluk kepada pindaan dari masa ke semasa.

SEMAKAN BAYARAN BANTUAN MYSTR FASA 3 2024

Ikuti cara semakan bayaran bantuan MySTR fasa ketiga (3) seperti berikut :

  1. Sila layari portal rasmi MySTR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Masukkan nombor Mykad pada ruangan ‘No MyKad’ tanpa (-) contoh : 83XXXXXXXXXX.
  3. Klik butang [Log Masuk].
  4. Seterusnya, klik [Semak].
  5. Tekan [Ya] sekiranya frasa keselamatan pemohon yang dipaparkan adalah betul.
  6. Masukkan kata laluan yang betul.
  7. Klik butang [Log Masuk].
  8. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Status bayaran penerima akan dipaparkan.
  10. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MySTR LHDNM. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel :[email protected]

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.

Leave a Comment