TARIKH BAYARAN BANTUAN TAMBAHAN STR RM300 TERKINI 2024 : SEMAK KELAYAKAN SEKARANG
Kesemua 8.7 juta penerima yang telah disahkan layak telahpun selesai menerima bayaran keseluruhan fasa Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi tahun 2024. Namun bantuan tambahan bakal dibayar pada bulan Disember ini.
Bilakah tarikh bayaran bantuan tambahan str rm300 dan bagaimanakah semakan kelayakan? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : TARIKH BAYARAN E WALLET RM450 TERBARU : CARA TEBUS & CLAIM
BILANGAN PENERIMA BAYARAN BANTUAN TAMBAHAN STR RM300 TERKINI 2024
Penerima yang layak menerima bayaran Bantuan STR pada fasa terakhir adalah seramai 8.7 juta dan 0.7 juta penerima yang berstatus miskin dan miskin tegar telahpun menerima bayaran tambahan. Kini bayaran tambahan adalah khas untuk 8.0 juta penerima.
KELAYAKAN | BILANGAN PENERIMA | STATUS BAYARAN |
---|---|---|
Penerima Miskin & Miskin Tegar | 0.7 juta penerima | Telah dibayar |
Penerima Bukan Miskin | 8.0 juta penerima | Bakal dibayar |
TARIKH BAYARAN BANTUAN TAMBAHAN STR RM300 TERKINI 2024
Daripada 8.7 juta penerima Bantuan STR, 0.7 juta penerima sudahpun menerima bayaran tambahan. Manakala 8.0 juta lagi penerima akan menerima bayaran tambahan bermula pada tarikh 9 Disember 2024, Isnin ini.
BILANGAN PENERIMA | TARIKH BAYARAN |
---|---|
0.7 juta penerima | Penerima Sabah & Sarawak : 19 Februari – 12 September 2024 Penerima Semenanjung Malaysia : 22 Januari – 1 Disember 2024 |
8.0 juta penerima | Penerima Seluruh Malaysia : 9 Disember 2024 |
CARA BAYARAN BANTUAN TAMBAHAN STR RM300 TERKINI 2024
Pembayaran Bantuan Tambahan STR kepada 8.0 juta penerima adalah sama seperti bayaran STR, iaitu melalui dua (2) cara :
- Penerima Ada Akaun Bank :
- Dikreditkan ke dalam akaun bank mengikut nombor akaun yang didaftarkan dalam permohonan STR.
- Penerima Tiada Akaun Bank / Status ‘Gagal Kredit’ :
- Diberikan secara tunai di kaunter mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran.
SEMAKAN KELAYAKAN BAYARAN BANTUAN TAMBAHAN STR RM300 TERKINI 2024
Untuk mengetahui status kelayakan bayaran Bantuan Tambahan STR yang terkini, ikuti panduan semakan di bawah :
- Sila layari pautan portal rasmi STR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Halaman utama portal rasmi STR akan dipaparkan.
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
- Klik butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak].
- ‘Frasa keselamatan’ pemohon akan dipaparkan.
- Sekiranya frasa tersebut adalah betul, klik [Ya].
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Seterusnya, klik butang [Log Masuk].
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status bayaran [Sumbangan Asas Rahmah] akan dipaparkan ‘Lulus‘.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi STR. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://manfaat.mof.gov.my/b2024/individu/sara.