TARIKH BAYARAN E TUNAI RM300 2024 : CARA TEBUS & CLAIM

TARIKH BAYARAN E TUNAI RM300 2024 : CARA TEBUS & CLAIM

Demi memudahkan rakyat khususnya yang berpendapatan rendah untuk mendapatkan bantuan, kerajaan mewujudkan pelbagai inisiatif yang boleh dikreditkan terus kepada penerima melalui pengkreditan tunai mahupun secara e-tunai.

Bilakah tarikh bayaran e tunai rm300 dan bagaimanakah cara tebus? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : TARIKH SEMAKAN STATUS BAYARAN SARA ONE OFF RM300 TELAH DIUMUMKAN : CHECK SEKARANG

TARIKH BAYARAN E TUNAI RM300 2024

Pembayaran bantuan yang bernilai RM300 adalah secara terus sekaligus bermula pada tarikh berikut :

PERKARATARIKH
Bayaran e-Tunai RM3009 Disember 2024,Isnin

CARA TEBUS BAYARAN E TUNAI RM300 2024

Terdapat dua (2) cara bayaran Bantuan e-Tunai RM300, iaitu :

  • Dikreditkan secara e-Tunai ke dalam akaun bank penerima bagi penerima yang telah mendaftarkan nombor akaun yang aktif; atau
  • Boleh ditebus secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi penerima yang tiada akaun bank atau ‘Status Gagal Kredit’.

KRITERIA KELAYAKAN PENERIMA BAYARAN E TUNAI RM300 2024

Hanya individu yang menepati kriteria kelayakan seperti di bawah akan menerima bayaran bantuan bernilai RM300 :

  • Warganegara Malaysia;
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah 2024 kategori isi rumah;
  • Merupakan ketua isi rumah;
  • Pendapatan isi rumah bawah RM5,000 sebulan;
  • Tiada dalam rekod data e-Kasih bagi tahun 2024.

SEMAKAN STATUS BAYARAN E TUNAI RM300 2024

Ikuti cara semakan status bayaran pada pautan rasmi di bawah :

  1. Sila klik pada pautan semakan rasmi di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Masukkan 12 digit nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-).
  3. Klik butang [Log Masuk].
  4. Seterusnya, klik [Semak].
  5. ‘Frasa keselamatan’ pemohon akan dipaparkan.
  6. Sekiranya frasa tersebut adalah betul, klik [Ya].
  7. Masukkan kata laluan yang betul.
  8. Seterusnya, klik butang [Log Masuk].
  9. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  10. Status bayaran [Sumbangan Asas Rahmah] akan dipaparkan.
  11. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Untuk sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan SARA, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://manfaat.mof.gov.my/b2024/individu/sara.

Leave a Comment