TARIKH BAYARAN MyKASIH 2025 (PANDUAN LENGKAP CARA PENGGUNAAN)
PENGENALAN MyKASIH
MyKasih 2025 merupakan salah satu program bantuan kewangan yang diperkenalkan kerajaan untuk meringankan beban rakyat, terutamanya golongan miskin dan miskin tegar.
Bantuan ini disalurkan secara tanpa tunai melalui MyKad untuk pembelian barang keperluan asas. Dalam artikel dibawah akan menjelaskan tarikh pembayaran MyKasih 2025 dan panduan lengkap cara menggunakannya.
Baca Juga : SEMAK STATUS BANTUAN SKAS (SUMBANGAN KEPERLUAN ASAS SARAWAK RM800)
JADUAL TARIKH BAYARAN MyKASIH 2025
Kerajaan telah menetapkan bahawa bayaran akan dilakukan secara berperingkat berdasarkan kategori penerima. Berikut adalah jadual untuk tarikh bayaran MyKasih 2025 mengikut kategori penerima :
Kategori Penerima | Jumlah Bantuan | Tempoh Bayaran | Tarikh Mula Bayaran |
---|---|---|---|
Isi Rumah (Miskin & Miskin Tegar) | RM100 Sebulan | 12 Bulan | Januari 2025 |
Warga Emas Tiada Pasangan (eKasih) | RM100 Sebulan | 12 Bulan | Januari 2025 |
Bujang (eKasih) | RM50 Sebulan | 12 Bulan | Januari 2025 |
Penerima STR (Bukan eKasih) | RM100 Sebulan (Isi Rumah & Warga Emas) RM50 (Bujang) | 9 Bulan | April 2025 |
CARA SEMAK BANTUAN MyKASIH 2025
Anda boleh menyemak sama ada anda layak menerima bantuan melalui :
- Portal Rasmi MyKasih :
- Layari laman web : https://mykasih.com.my/
- Klik pada bahagian “Semakan Kelayakan”.
- Masukkan nombor kad pengenalan (MyKad) anda.
- Status kelayakan dan kategori penerimaan akan dipaparkan.
- Hubungi Pejabat Daerah atau Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) :
- Jika nama anda tersenarai dalam eKasih, tetapi status kelayakan MyKasih tidak dipaparkan, anda boleh :
- Pergi ke Pejabat Daerah berhampiran untuk pengesahan atau
- Hubungi Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) untuk bantuan lanjut.
- Jika nama anda tersenarai dalam eKasih, tetapi status kelayakan MyKasih tidak dipaparkan, anda boleh :
CARA PENGGUNAAN BANTUAN MyKASIH 2025
Berikut panduan lengkap cara menggunakan bantuan MyKASIH :
- MENYEMAK STATUS BAKI DAN BANTUAN
- Semakan Online :
- Layari laman web rasmi MyKasih
- Masukkan nombor MyKad anda untuk menyemak status dan baki terkini.
- Semakan Melalui Resit :
- Baki bantuan biasanya dicetak di resit setiap kali anda membuat pembelian menggunakan akaun MyKasih.
- Semakan Online :
- LOKASI PEMBELIAN
- Anda boleh menggunakan bantuan ini di kedai atau pasar raya terpilih, seperti:
- Mydin
- Giant
- Econsave
- Lotus’s (Tesco)
- 99 Speedmart
- Pastikan kedai pilihan anda adalah rakan kerjasama MyKasih.
- Anda boleh menggunakan bantuan ini di kedai atau pasar raya terpilih, seperti:
- MEMBELI BARANG KEPERLUAN
- Proses Pembelian :
- Pergi ke kedai yang disenaraikan.
- Pilih barangan keperluan asas yang diluluskan oleh program.
- Contoh barangan :
- Makanan asas : beras, minyak masak, tepung, telur, mi segera, makanan dalam tin.
- Minuman : susu tepung, kopi, teh.
- Keperluan lain : sabun, ubat-ubatan, barang kebersihan.
- Di kaunter pembayaran : Serahkan MyKad anda kepada juruwang.
- Masukkan nombor PIN 6 digit (jika diminta) untuk mengesahkan pembelian.
- Jumlah yang dibelanjakan akan ditolak daripada baki bantuan dalam akaun MyKasih anda.
- Proses Pembelian :
- BARANG YANG TIDAK DIBENARKAN
- Rokok, minuman keras, atau barangan mewah tidak boleh dibeli menggunakan bantuan ini.
- NOMBOR PIN MyKASIH
- Penetapan PIN : Anda akan diminta menetapkan PIN 6 digit semasa pendaftaran.
- PIN ini digunakan setiap kali anda membuat pembelian.
- Lupa PIN : Hubungi talian bantuan MyKasih untuk menetapkan semula PIN anda.
- SEMAKAN DAN PENGURUSAN BAKI
- Melalui Portal Rasmi : Layari https://mykasih.com.my/ untuk menyemak baki bantuan.
- Melalui Resit : Setiap kali anda membuat pembelian, baki akan tertera di resit pembelian.
- TEMPOH PENGGUNAAN BANTUAN
- Bantuan dikreditkan secara bulanan atau berkala, bergantung kepada kategori penerima.
- Pastikan menggunakan bantuan dalam tempoh yang ditetapkan untuk mengelakkan baki tidak digunakan terbatal.
TIPS PENTING
- Simpan resit pembelian untuk rujukan.
- Pastikan Mykad anda tidak rosak.
- Gunakan bantuan hanya untuk membeli barangan keperluan asas.
INFO
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat.
Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan MyKasih.
Untuk maklumat lanjut anda boleh hubungi pusat khidmat pelanggan MyKasih melalui :
- Talian : (603)7720 1800
- Emel : [email protected]