TARIKH BAYARAN STR FASA 1 2026 – ISI RUMAH, WARGA EMAS & BUJANG
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 2026 merupakan pembayaran awal bantuan tunai daripada kerajaan yang disalurkan kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana. Bantuan ini diharap dapat meringankan beban rakyat dalam menghadapi kos sara hidup, terutamanya pada awal tahun.

Berikut dikongsikan mengenai tarikh pembayaran STR Fasa 1 2026, cara semakan status penerima dan kadar bayaran STR 2026 mengikut bilangan anak.
‘Baca Juga : Jadual Bayaran BUDI MADANI 2026‘
KATEGORI PENERIMA STR FASA 1 2026
STR Fasa 1 2026 melibatkan tiga kategori penerima utama :
- Isi Rumah
- Pendapatan RM5,000 dan ke bawah
- Berkahwin / ibu atau bapa tunggal
- Mempunyai tanggungan anak
- Warga Emas Tanpa Pasangan
- Berumur 60 tahun ke atas
- Tidak mempunyai pasangan
- Pendapatan memenuhi syarat kelayakan
- Individu Bujang
- Berumur 19 – 59 tahun
- Berpendapatan RM2,500 dan ke bawah
- Bukan pelajar sepenuh masa
Individu bujang di bawah 60 tahun tidak lagi menerima STR tunai, sebaliknya menerima bantuan dalam bentuk kredit SARA sebanyak RM600 setahun.
KADAR BANTUAN STR 2026
Berikut ialah kadar bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) untuk tahun 2026 :
Isi Rumah dengan Pendapatan ≤ RM2,500
| Bilangan Anak | Jumlah STR 2026 |
|---|---|
| Tiada anak | RM700 |
| 1 – 2 anak | RM1,200 |
| 3 – 4 anak | RM1,700 |
| 5 anak & ke atas | RM2,200 |
Isi Rumah dengan Pendapatan RM2,501 – RM5,000
| Bilangan Anak | Jumlah STR 2026 |
|---|---|
| Tiada anak | RM200 |
| 1 – 2 anak | RM450 |
| 3 – 4 anak | RM700 |
| 5 anak & ke atas | RM950 |
Warga Emas Tanpa Pasangan (60 Tahun Ke Atas)
| Status | Jumlah STR 2026 |
|---|---|
| Layak STR | RM600 |
Individu Bujang (19 – 59 Tahun)
| Status | Jumlah STR 2026 |
|---|---|
| Pendapatan ≤ RM2,500 | RM600 |
NOTA : Individu bujang di bawah 60 tahun tidak lagi menerima STR tunai, sebaliknya menerima bantuan dalam bentuk kredit SARA sebanyak RM600 setahun.

Semua bayaran STR akan dikreditkan terus ke akaun bank penerima yang didaftarkan. Bagi penerima yang tiada akaun bank, bayaran tunai boleh dituntut di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).
TARIKH BAYARAN STR FASA 1 2026
Untuk makluman, tarikh rasmi pembayaran STR Fasa 1 2026 akan diumumkan oleh Kerajaan Malaysia dan LHDNM melalui portal MySTR.
Namun, berdasarkan trend pembayaran STR tahun-tahun sebelumnya :
- Fasa 1 biasanya dibayar pada bulan Januari.
- Pembayaran dibuat secara berperingkat.
- Penerima sedia ada biasanya menerima bayaran lebih awal.
Secara amnya, STR 2026 akan dibayar secara berperingkat :
- Fasa 1 : Awal tahun (Januari)
- Fasa 2 & 3 : Pertengahan tahun
- Fasa 4 : Hujung tahun
Jumlah yang diterima pada setiap fasa akan melengkapkan jumlah keseluruhan STR 2026 seperti yang ditunjukkan dalam jadual di atas.
SEMAKAN STATUS KELAYAKAN STR 2026
Semakan status kelayakan bantuan STR 2026 boleh dibuat secara dalam talian melalui portal rasmi MySTR :
- Sila layari pautan rasmi Log Masuk mySTR 2026 di : https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
- Masukkan No MyKad anda.
- Tekan (Semak).
- Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
- Seterusnya, tekan butang (Semak).
- Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
- Klik butang (Log Masuk).
- Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
- Butiran seperti di bawah akan dipaparkan :
- Status Permohonan STR;
- Jumlah Telah Dibayar;
- Jumlah Bayaran Keseluruhan STR; DAN
- Status Kelayakan SARA;
SOALAN LAZIM (FAQ) STR 2026
Biasanya pada bulan Januari, tetapi tertakluk kepada pengumuman rasmi daripada kerajaan.
Tidak, hanya perlu mengemaskini maklumat jika ada perubahan.
Tidak. STR akan dibayar secara berperingkat mengikut fasa yang telah ditetapkan.
Anda boleh menuntut bayaran secara tunai di Bank Simpanan Nasional (BSN).
KESIMPULAN
STR Fasa 1 2026 merupakan bantuan yang penting kepada isi rumah, warga emas, dan individu bujang. Semak kelayakan dan status pembayaran anda melalui portal MySTR untuk memastikan anda menerima manfaat ini.
MAKLUMAT & INFO LANJUT
Untuk maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan berkaitan STR, sila layari atau hubungi :
- Portal Rasmi STR : https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Talian Hotline BKK HASiL : 1-800-88-2747 (waktu operasi : 9.00 pagi – 5.00 petang)
- Talian MOF : 03-8882 4565 / 4566 (waktu operasi : 9.00 pagi – 5.00 petang)
- Emel : [email protected]