TARIKH BAYARAN STR FASA 3 2024 : SEMAK SEKARANG

TARIKH BAYARAN STR FASA 3 2024 : SEMAK SEKARANG

Seperti yang sudah sedia maklum bahawa penyaluran bantuan STR (Sumbangan Tunai Rahmah) adalah secara berfasa dan berperingkat. Fasa pertama dan kedua bagi tahun 2024 telah selesai disalurkan pada bulan Februari dan April, maka kini adalah bayaran bagi fasa ketiga.

Bagaimanakah semakan tarikh bayaran str fasa 3? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN TUNAI RAHMAH B40 : CHECK KELAYAKAN SEKARANG

JADUAL KELAYAKAN PENERIMA BAYARAN STR FASA 3 2024

Berikut merupakan jadual permohonan dan kelayakan penerima bayaran STR bagi fasa 3 2024 :

TARIKH PERMOHONANFASA KELAYAKAN
PENERIMA
1November 2023 hingga
30 November 2023
1,2,3 dan 4
1Disember 2023 hingga
29 Februari 2024
2,3 dan 4
1March 2024 hingga
30Jun 2024
3 dan 4
1Julai 2024 hingga
30 September 2024
4

TARIKH BAYARAN STR FASA 3 2024

Berikut merupakan tarikh pembayaran bantuan STR fasa ketiga bagi tahun 2024 :

TARIKH BAYARAN BANTUAN STR FASA 3
Pada bulan Ogos 2024
*Akan dikemaskini apabila diumumkan secara rasmi nanti.

KAEDAH BAYARAN STR FASA 3 2024

Bantuan STR fasa ketiga akan dibayar kepada penerima mengikut kaedah seperti berikut :

  1. Akan dikreditkan ke dalam akaun bank pemohon / pasangan mengikut nombor akaun yang telah didaftarkan; atau
  2. Diberikan secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) sekiranya ‘Tiada Maklumat Perbankan’ atau ‘Status Gagal Kredit’.

SEMAKAN BAYARAN STR FASA 3 2024

Bagaimanapun, pemohon boleh membuat semakan bayaran bantuan STR fasa ketiga pada pautan rasmi berikut :

PAUTAN RASMI SEMAKAN STR FASA 3 2024
https://bantuantunai.hasil.gov.my/https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  1. Sila klik pada pautan portal rasmi MySTR LHDNM di atas.
  2. Kemudian, masukkan Nombor Mykad pemohon pada ruangan MySTR tanpa (-) contoh : 83XXXXXXXXXX.
  3. Klik butang [Log Masuk].
  4. Seterusnya, klik [Semak].
  5. Tekan [Ya] sekiranya frasa keselamatan pemohon yang dipaparkan adalah betul.
  6. Masukkan kata laluan yang betul.
  7. Klik butang [Log Masuk].
  8. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Status bayaran semasa pemohon akan dipaparkan.
  10. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MySTR LHDNM. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel :[email protected]

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.

Leave a Comment