TARIKH DAN WAKTU MULA SEMAKAN BANTUAN SABAH RM300 : TARIKH RASMI TELAH DIUMUMKAN
Bagi individu yang ingin mengetahui kelayakan mereka untuk menerima bayaran di bawah Program PSKR, semakan status boleh dilakukan secara dalam talian dengan mudah dan pantas.
Kerajaan Negeri Sabah telah menyediakan kemudahan ini bagi memastikan setiap pemohon mendapat akses kepada maklumat terkini mengenai kelayakan mereka tanpa perlu hadir secara fizikal, sekali gus menjimatkan masa dan tenaga.
Bagi memudahkan proses semakan, pemohon disarankan untuk merujuk kepada panduan serta maklumat terperinci yang telah disediakan.
Panduan ini merangkumi langkah-langkah semakan yang perlu diikuti serta syarat kelayakan yang telah ditetapkan.
Dengan mengikuti arahan yang diberikan, pemohon dapat memastikan proses semakan berjalan lancar dan memperoleh keputusan yang tepat mengenai status mereka.
BACA JUGA DI SINI : SEMAKAN STATUS BANTUAN SABAH : PROGRAM SENTUHAN KASIH RAKYAT 2025
MAKSUD PROGRAM SENTUHAN KASIH RAKYAT SABAH
PSKR adalah singkatan daripada Program Sentuhan Kasih Rakyat yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Sabah khas untuk disalurkan kepada rakyat Sabah yang merupakan golongan miskin dan miskin tegar bertujuan untuk meringankan bebanan kewangan yang dihadapi akibat peningkatan kos sara hidup.
TARIKH DAN WAKTU MULA SEMAKAN BANTUAN SABAH RM300
Seramai 100,000 ribu rakyat Sabah yang melepasi status kelayakan telah mula menerima bayaran pertama (1) Program Sentuhan Kasih Rakyat (PSKR) yang bermula pada 19 Februari 2025, Rabu dengan kadar bantuan sebanyak RM900 yang dibayar untuk selama 3 bulan terus dan seterusnya sebanyak RM300 setiap bulan.
SYARAT KELAYAKAN
Pembayaran Program Sentuhan Kasih Rakyat (PSKR) adalah khas untuk penerima yang memenuhi syarat kelayakan berikut :
- Pendapatan : Ketua isi rumah atau ahli keluarga mestilah tergolong dalam kategori miskin tegar atau miskin.
- Warganegara : Pemohon mestilah rakyat Malaysia yang bermastautin di Sabah berstatus ‘H’.
- Umur : Pemohon hendaklah berumur 18 tahun ke atas.
- Alamat Tetap : Pemohon perlu mempunyai alamat tetap yang berdaftar di Sabah.
- E-Kasih : Tersenarai dalam pangkalan data e-Kasih sebagai penerima miskin dan miskin tegar.
SEMAKAN PROGRAM SENTUHAN KASIH RAKYAT SABAH
Oleh kerana pemberian Program Sentuhan Kasih Rakyat (PSKR) khas untuk golongan miskin dan miskin tegar yang tersenarai dalam pangkalan data e-Kasih, semakan boleh dilakukan melalui pautan berikut :
- Sila layari portal rasmi Program Sentuhan Kasih Rakyat ; atau klik pada pautan di sini : https://sukur.sabah.gov.my.
- Masukkan nombor kad pengenalan pada ruangan ‘No.KP’ tanpa (-) contoh : 89XXXXXXXXXX.
- Seterusnya, klik pada butang [Klik Untuk Carian].
- Status penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
FAEDAH UNTUK RAKYAT SABAH
Antara manfaat yang diperoleh daripada pelaksanaan Program Sentuhan Kasih Rakyat (PSKR) adalah :
- Meringankan Beban Kewangan
- Dengan bantuan RM300 sebulan, penerima dapat menggunakannya untuk keperluan asas seperti makanan dan perbelanjaan harian.
- Meningkatkan Taraf Hidup
- Bantuan ini dapat membantu keluarga miskin memenuhi keperluan pendidikan dan penjagaan kesihatan anak-anak mereka.
- Memberi Harapan Kepada Golongan Miskin
- Bantuan kewangan ini bukan sahaja menyokong dari segi kewangan tetapi juga memberikan harapan kepada golongan miskin untuk membina kehidupan yang lebih baik.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan PSKR, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.tvsarawak.my/2024/11/15/belanjawan-sabah-2025-bantuan-rm300-sebulan-untuk-golongan-miskin-dan-miskin-tegar/.