TARIKH PEMBAYARAN BONUS PENJAWAT AWAM RM2000 2024 : SEMAK SEKARANG

TARIKH PEMBAYARAN BONUS PENJAWAT AWAM RM2000 2024 : SEMAK SEKARANG

Bayaran Insentif Awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam sebanyak RM2,000 kepada semua penjawat awam gred 56 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak. Bayaran Insentif Awal ini akan dibayar sekali gus bagi meringankan beban persediaan persekolahan anak-anak serta persiapan menjelang Ramadan dan Syawal.

Bagaimanakah semak tarikh pembayaran bonus penjawat awam rm2000? Ikuti penjelasan lanjut di sini.

BACA JUGA : TARIKH RASMI BAYARAN INSENTIF PENJAWAT AWAM RM2000 : SEMAK SEKARANG

TARIKH PEMBAYARAN BONUS PENJAWAT AWAM RM2000 2024

Berikut merupakan tarikh pembayaran bonus / insentif kepada penjawat awam :

PERKARATARIKH
Bayaran Bonus Penjawat Awam23 Februari 2024
(Jumaat)

JUMLAH BAYARAN BONUS PENJAWAT AWAM

Berikut merupakan jumlah bayaran bonus / insentif bagi tahun 2024 mengikut jawatan seperti jadual di bawah :

JAWATANJUMLAH
BAYARAN
Penjawat Awam Gred 56
dan ke bawah
(termasuk lantikan kontrak)
RM2,000
Jawatan Utama Sektor Awam
(termasuk Polis, Bomba,
Tentera, Angkatan
bersenjata, dan seluruh
anggota beruniform)
RM1,000
Pesara Kerajaan
(termasuk veteran berpencen
serta
veteran tidak berpencen)
RM1,000

ISU KENAIKAN GAJI PENJAWAT AWAM 2024

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kenaikan gaji penjawat awam sepatutnya telah naik sejak dua tahun lalu, namun tidak dilaksanakan kerajaan sebelum ini.

Untuk rekod, kali terakhir kadar gaji penjawat awam dinaikkan adalah pada tahun 2013 iaitu 10 tahun lalu yang melibatkan pemberian kepada semua penjawat awam faedah pemindahan gaji sebanyak satu kenaikan gaji tahunan (KGT) mulai 1 Julai 2013, melibatkan kenaikan antara RM80 hingga RM320.

Kerajaan sewajarnya bersedia untuk menaikkan gaji penjawat awam dengan pelaksanaan kenaikan kadar gaji 8 peratus bagi gred 40 dan ke bawah dan 5 peratus bagi gred 41 hingga gred 54.

PEMBAYARAN BONUS PENJAWAT AWAM RM2000 2024

Penjawat awam gred 56 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak akan terima Bayaran Insentif Awal RM2,000 yang dibayar 23 Februari 2024. Insentif RM1000 pula diberikan kepada pesara Kerajaan termasuk veteran berpencen serta veteran tidak berpencen.

Kerajaan bersetuju memberikan Bayaran Insentif Awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) kepada penjawat awam dan pesara ini sementara menunggu Kajian SSPA yang dijangka dimuktamadkan pada penghujung tahun 2024.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah diambil daripada ucapan Belanjawan 2024 serta pengumuman daripada Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim ketika menyampaikan amanat pada majlis perhimpunan bulanan bersama warga Kementerian Kewangan.

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/02/1209180/insentif-rm2000-untuk-penjawat-awam-dibayar-23-februari-pm.

Leave a Comment