TARIKH PEMBAYARAN MYKAD JANUARI 2025 : SEMAK SEKARANG

TARIKH PEMBAYARAN MYKAD JANUARI 2025 : SEMAK SEKARANG

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) adalah inisiatif di bawah Program MyKasih yang dijalankan dengan kerjasama kerajaan Malaysia.

Tujuan utama SARA adalah untuk membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana dalam memenuhi keperluan barangan asas.

Program ini bertindak sebagai lanjutan kepada Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan memberi manfaat kepada penerima yang telah mendapat kelulusan dalam program STR 2025.

Penerima bantuan boleh menggunakan MyKad mereka untuk membeli barangan keperluan asas yang terpilih di pasar atau kedai yang berdaftar dengan program ini. Ini memudahkan mereka membeli barang keperluan harian tanpa memerlukan wang tunai.

BANTUAN KERAJAAN 2025 : BANTUAN SARA FASA JANUARI 2025 (SEMAK BAYARAN RM1200,RM900,RM600)

TARIKH PEMBAYARAN MYKAD JANUARI 2025

Setakat ini tarikh rasmi pembayaran bantuan MyKad untuk bulan Januari belum diumumkan secara rasmi.

Pengagihan bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025 seperti berikut:

KATEGORI PENERIMATARIKH PENYALURAN BANTUAN
Berstatus Miskin & Miskin Tegar eKasihBermula Januari 2025
Penerima Bantuan
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025
(BUKAN eKasih)
Bermula April 2025

SYARAT UNTUK TERIMA BANTUAN MYKAD

Individu yang menepati syarat di bawah sahaja akan menerima bantuan SARA:

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Pendapatan tidak melebihi RM5,000 sebulan;
  3. Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan;
  4. Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM).

SEMAKAN BANTUAN MYKAD JANUARI 2025

Untuk semakan Bantuan Asas Rahmah (SARA) atau Sumbangan Tunai Rahmah (STR), terdapat dua kaedah yang boleh digunakan, iaitu melalui Portal Rasmi MyKasih dan Portal Rasmi MySTR. Berikut adalah panduan lengkap untuk semakan menggunakan kedua-dua portal tersebut:

  1. Panduan Semakan Melalui Portal Rasmi MyKasih
    • Langkah 1: Log masuk ke Portal MyKasih di https://www.mykasih.com.my/.
    • Langkah 2: Di halaman utama, tekan [Semak Status].
    • Langkah 3: Bahagian semakan akan dipaparkan.
    • Langkah 4: Masukkan 12 digit Nombor Kad Pengenalan (MyKad) di ruangan [Nombor MyKad].
    • Langkah 5: Masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
    • Langkah 6: Klik [Semak Status].
    • Langkah 7: Status kelayakan penerima dan bayaran akan dipaparkan.
    • Langkah 8: Selesai.
  2. Panduan Semakan Melalui Portal Rasmi MySTR
    • Langkah 1: Log masuk ke Portal MySTR di https://bantuantunai.hasil.gov.my
    • Langkah 2: Masukkan Nombor MyKad pemohon.
    • Langkah 3: Sahkan Kata Kunci Keselamatan.
    • Langkah 4: Masukkan Kata Laluan yang telah ditetapkan.
    • Langkah 5: Klik Semakan Status.
    • Langkah 6: Maklumat yang dipaparkan termasuk:
      • Semakan Permohonan
      • Maklumat Pembayaran
      • Status Kelayakan Penerima dan Maklumat Bayaran
    • Langkah 7: Selesai.

TALIAN BANTUAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA), anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
e-Mel : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat yang disampaikan, adalah penting untuk menekankan bahawa artikel ini bertujuan untuk memberikan informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia dengan cara yang jelas dan mudah difahami oleh pembaca. Maklumat yang dikongsi adalah untuk memudahkan carian pengguna dan memberikan panduan dalam proses semakan bantuan.

Sumber yang digunakan adalah sahih dan diperoleh dari FAQ rasmi Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang diterbitkan oleh portal bantuantunai.hasil.gov.my, memastikan informasi yang diberikan adalah terkini dan sah.

Leave a Comment