TARIKH PEMBAYARAN SARA ONE OFF RM300 2024 : SEMAKAN STATUS
Pembayaran Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) adalah melalui tiga (3) kaedah iaitu secara ansur setiap bulan, ansur dua (2) kali setahun dan akhir sekali adalah secara one-off (sekaligus) yang akan disalurkan pada penghujung tahun 2024 ini.
Bilakah tarikh pembayaran sara one off rm300 dan cara semakan status? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : SKAS SARAWAK LOGIN (REGISTER BANTUAN)
TARIKH PEMBAYARAN SARA ONE OFF RM300 2024
Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang akan dibayar secara one-off (sekaligus) adalah bermula pada tarikh 9 Disember 2024, Isnin dan berperingkat selama tiga (3) hingga ke lima (5) hari bekerja kepada penerima yang layak.
JUMLAH PENERIMA BAYARAN SARA ONE OFF 2024
Daripada seramai 8.7 juta penerima STR, hanya 8.0 juta sahaja akan layak menerima Bantuan SARA secara one-off (sekaligus) mengikut pecahan bagi setiap kategori seperti berikut :
KATEGOR PENERIMA | JUMLAH PENERIMA |
---|---|
ISI RUMAH (Berpasangan / Tunggal) | 3.5 juta |
BUJANG (Belia / Warga Emas) | 4.5 juta |
KADAR PEMBAYARAN SARA ONE OFF 2024
Seramai 8.0 juta penerima yang layak, setiap kategori akan menerima kadar pembayaran Bantuan SARA secara one-off (sekaligus) yang berbeza seperti berikut :
KATEGORI PENERIMA | KADAR BAYARAN |
---|---|
ISI RUMAH (Berpasangan / Tunggal) | RM300 setiap ketua isi rumah |
BUJANG (Belia / Warga Emas) | RM150 setiap seorang |
KAEDAH PEMBAYARAN SARA ONE OFF 2024
Kaedah pembayaran Bantuan SARA one-off (sekaligus) adalah bergantung kepada jenis penerima seperti berikut :
JENIS PENERIMA | KAEDAH PEMBAYARAN |
---|---|
Penerima Ada Akaun Bank | Dikreditkan ke dalam akaun bank penerima |
Penerima Tiada Akaun Bank | Diberikan secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) |
SEMAKAN STATUS PEMBAYARAN SARA ONE OFF 2024
Ikuti cara semakan status pembayaran Bantuan SARA secara one-off (sekaligus) seperti berikut :
- Sila klik pada pautan rasmi Bantuan SARA One Off di sini [Portal Semakan SARA ONE OFF 2024].
- Halaman utama portal akan dipaparkan.
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
- Klik butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak].
- ‘Frasa keselamatan’ pemohon akan dipaparkan.
- Sekiranya frasa tersebut adalah betul, klik [Ya].
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Seterusnya, klik butang [Log Masuk].
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status bayaran [Sumbangan Asas Rahmah] akan dipaparkan ‘Lulus‘.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Untuk sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan SARA, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://manfaat.mof.gov.my/b2024/individu/sara.