TARIKH RASMI BANTUAN STR FASA 2 2024 : SEMAK SEKARANG

TARIKH RASMI BANTUAN STR FASA 2 2024 : SEMAK SEKARANG

Telah rasmi diumumkan oleh Perdana Menteri ketika berucap pada Majlis Perjumpaan Bulanan Perdana Menteri bahawasanya bantuan STR fasa kedua akan disalurkan segera kepada rakyat sebelum sambutan perayaan Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi.

Bagaimanakah semakan tarikh rasmi bantuan str fasa 2? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN TUNAI STR FASA 2 : CHECK STATUS SEKARANG

TARIKH RASMI BANTUAN STR FASA 2 2024

Berikut merupakan tarikh rasmi penyaluran bantuan STR fasa kedua bagi tahun 2024 :

TARIKH RASMI BANTUAN STR FASA 2
Bermula pada 3 April 2024 (Rabu)
sehingga
9 April 2024 (Selasa)
*Penyaluran bantuan STR adalah secara berperingkat.

KADAR BAYARAN BANTUAN STR FASA 2 2024

Setiap kategori penerima akan menerima kadar bayaran bantuan STR yang berbeza mengikut kelayakan seperti berikut :

  • Kategori Isi Rumah :
PENDAPATAN
PENERIMA
BAYARAN
BANTUAN STR
2024
BAYARAN
BANTUAN STR
FASA 1
BAYARAN
BANTUAN STR
FASA 2
RM2,500 ke bawahRM1,000
hingga
RM2,500
(bergantung
bilangan anak)
RM500
(Semua)
RM150
hingga
RM650
(bergantung
bilangan anak)
RM2,501 – RM5,000RM500
hingga
RM1,250
(bergantung
bilangan anak)
RM100
hingga
RM300
(bergantung
bilangan anak)
RM100
hingga
RM300
(bergantung
bilangan anak)
  • Kategori Bujang :
UMUR PENERIMABAYARAN
BANTUAN STR
2024
BAYARAN
BANTUAN STR
FASA 1
BAYARAN
BANTUAN STR
FASA 2
Had umur 60 tahun
ke atas
(warga emas)
RM600RM150RM150
Had umur 21 tahun
hingga 59 tahun
RM350RM100RM100

KAEDAH PENYALURAN BANTUAN STR FASA 2 2024

Penyaluran bantuan STR fasa kedua kepada penerima adalah seperti berikut :

  1. Akan dikreditkan terus ke akaun bank pemohon / pasangan :
    • Mengikut akaun bank yang telah didaftarkan
  2. Diberikan secara tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) sekiranya :
    • Tiada maklumat akaun bank
    • Status pengkreditan gagal kredit

TARIKH PERMOHONAN DAN PEMBAYARAN BANTUAN STR 2024

Berikut merupakan tarikh permohonan dan pembayaran bantuan STR bagi tahun 2024 mengikut kelayakan setiap fasa :

TARIKH
PERMOHONAN
DIBUAT
TARIKH
PEMBAYARAN
BANTUAN
KELAYAKAN
FASA
1/11/2023 hingga
30/11/2023
Februari / April /
Ogos / November
1, 2, 3 dan 4
1/12/2023 hingga
29/2/2024
April / Ogos /
November
2, 3 dan 4
1/3/2024 hingga
30/6/2024
Ogos / November3 dan 4
1/7/2024 hingga
30/9/2024
November4

SEMAKAN BANTUAN STR FASA 2 2024

Untuk mengetahui tarikh bayaran dan jumlah yang bakal diterima, pemohon perlu membuat semakan di portal rasmi MySTR seperti berikut :

  1. Sila klik pada pautan portal rasmi MySTR LHDNM di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Kemudian, masukkan Nombor Mykad pemohon pada ruangan MySTR tanpa (-) contoh : 83XXXXXXXXXX.
  3. Klik butang [Log Masuk].
  4. Seterusnya, klik [Semak].
  5. Tekan [Ya] sekiranya frasa keselamatan pemohon yang dipaparkan adalah betul.
  6. Masukkan kata laluan yang betul.
  7. Klik butang [Log Masuk].
  8. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Status bayaran semasa pemohon akan dipaparkan.
  10. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MySTR LHDNM. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel : [email protected]

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://www.kosmo.com.my/2024/04/01/str-fasa-2-dibayar-3-april-ini/.

Leave a Comment