TARIKH RASMI BANTUAN STR FASA 3 2024 : CHECK STATUS SEKARANG

TARIKH RASMI BANTUAN STR FASA 3 2024 : CHECK STATUS SEKARANG

Berdasarkan kenyataan siaran media Kementerian Kewangan (MOF), Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) untuk fasa yang ketiga (3) akan tetap disalurkan kepada penerima pada bulan Ogos tahun ini mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Bagaimanakah check tarikh rasmi bantuan str fasa 3? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN TAMBAHAN STR FASA 3 : CHECK SEKARANG

TARIKH RASMI BANTUAN STR FASA 3 2024

Telah diumumkan secara rasmi oleh YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) fasa tiga (3) akan disalurkan kepada penerima bermula 29 Ogos 2024 secara berperingkat sehingga pada 20 September 2024 seperti jadual berikut :

TARIKH BAYARAN
STR FASA 3
JENIS PENERIMA
29 Ogos 2024 (Khamis)
hingga
6 September 2024 (Jumaat)
Penerima sedia ada
18 September 2024 (Rabu)
hingga
20 September 2024 (Jumaat)
Penerima baharu
&
Penerima rayuan

WAKTU PENERIMAAN BANTUAN STR FASA 3 2024

Penerimaan bantuan STR fasa ketiga (3) adalah mengikut waktu yang ditetapkan setiap bank seperti berikut :

BIL.SENARAI BANK PENERIMAWAKTU PENERIMAAN
1.Bank Simpanan Nasional
(BSN)
Selepas 6:00 petang
2.Bank IslamSelepas 8:00 malam
3.Affin BankSelepas 8:00 malam
4.AmbankSelepas 8:00 malam
5.MaybankSelepas 9:00 malam
6.Cimb BankSelepas 9:00 malam
7.RHB BankSelepas 9:00 malam
8.Bank MuamalatSelepas 10:00 malam

JUMLAH BANTUAN STR FASA 3 2024

Setiap kategori akan menerima jumlah bantuan STR fasa ketiga (3) yang berbeza mengikut kelayakan seperti berikut :

KATEGORI PENERIMAJUMLAH BANTUAN
STR FASA 3
Isi Rumah Pendapatan
RM2,500 ke bawah
RM150 hingga RM650
Isi Rumah Pendapatan
RM2,501 – RM5,000
RM150 hingga RM300
Bujang (60 tahun ke atas)RM150
Bujang (21 hingga 59 tahun)RM50
*Nota : Jumlah di atas adalah untuk penerima yang sedia ada.

BILANGAN PENERIMA BANTUAN STR FASA 3 2024

Bilangan penerima bantuan STR untuk fasa ketiga (3) akan bertambah seiring dengan permohonan baharu yang dibuka sepanjang tahun. Berikut adalah bilangan untuk setiap kategori penerima :

KATEGORI KELAYAKANBILANGAN PENERIMA
Isi Rumah Pendapatan
RM2,500 ke bawah
3.0 juta
Isi Rumah Pendapatan
RM2,501 – RM5,000
1.0 juta
Bujang (60 tahun ke atas)1.2 juta
Bujang (21 hingga 59 tahun)3.3 juta

CHECK STATUS BANTUAN STR FASA 3 2024

Ikuti cara check status penerima bantuan STR fasa tiga (3) seperti berikut :

  1. Sila layari portal rasmi MySTR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Pada halaman utama, sila masukkan nombor Mykad tanpa (-) contoh : 83XXXXXXXXXX.
  3. Klik butang [Log Masuk].
  4. Seterusnya, klik [Semak].
  5. Tekan [Ya] sekiranya frasa keselamatan pemohon yang dipaparkan adalah betul.
  6. Masukkan kata laluan yang betul.
  7. Klik butang [Log Masuk].
  8. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Status bayaran penerima akan dipaparkan.
  10. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MySTR. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel : [email protected]

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_SUMBANGAN_TUNAI_RAHMAH_STR_2024.pdf.

Leave a Comment