TARIKH RASMI BAYARAN BANTUAN KHAS KEWANGAN AIDILFITRI RM500 2024 : SEMAK SEKARANG

TARIKH RASMI BAYARAN BANTUAN KHAS KEWANGAN AIDILFITRI RM500 2024 : SEMAK SEKARANG

Berita baik daripada Perdana Menteri Malaysia yang disampaikan pada hari ini di Majlis Perhimpunan Bulanan Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) di PUSPANITAPURI, bahawa Kerajaan telah bersetuju untuk menyalurkan Bantuan Khas Aidilfitri yang bernilai sehingga RM500.

Bagaimanakah semakan tarikh rasmi bayaran bantuan khas kewangan aidilfitri rm500? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : BANTUAN KHAS KEWANGAN AIDILFITRI RM500 TELAH DIUMUMKAN : SEMAK PENERIMA SEKARANG

TUJUAN BAYARAN BANTUAN KHAS KEWANGAN AIDILFITRI 2024

Datuk Adnan Mat yang merupakan Presiden CUEPACS telah mengulangi gesaan supaya kerajaan menyalurkan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri kepada penjawat awam dan pesara dengan harapan Perdana Menteri kini dapat mengekalkan tradisi bantuan khas perayaan yang telah dilaksanakan sepanjang 10 tahun lalu.

Dengan adanya insentif sebegitu bukan sahaja memberi manfaat kepada penjawat awam, malah dapat melegakan kelompok peniaga. Hal ini demikian kerana, adanya peniaga yang mengeluh kesah menyatakan bahawa ramai penjawat awam kurang ‘purchasing power’.

KADAR BAYARAN BANTUAN KHAS KEWANGAN AIDILFITRI RM500 2024

Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri akan dibayar kepada semua Penjawat Awam Gred 56 ke bawah termasuk lantikan kontrak sebanyak RM500, manakala semua pesara Kerajaan termasuk veteran berpencen dan veteran tidak berpencen akan dibayar sebanyak RM250.

TARIKH RASMI BAYARAN BANTUAN KHAS KEWANGAN AIDILFITRI RM500 2024

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga telah mengumumkan tarikh rasmi pembayaran Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri yang bernilai RM500 dan RM250 adalah bermula Jumaat ini pada 5 April 2024 yang bersamaan 25 Ramadhan 1445H. Bantuan ini disalurkan terus ke dalam akaun bank penerima yang berkenaan.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Berita terkini yang berkaitan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib yang bertanggungjawab di bawah bantuan ini.

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/04/1230186/duit-raya-rm500-untuk-penjawat-awam-gred-56-ke-bawah.

Leave a Comment