TARIKH RASMI BAYARAN STR FASA 3 2024 : SEMAK STATUS SEKARANG

TARIKH RASMI BAYARAN STR FASA 3 2024 : SEMAK STATUS SEKARANG

Rasminya Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah merupakan bantuan yang dibayar kepada rakyat secara berperingkat mengikut empat (4) fasa. Bagi fasa pertama (1) dan kedua (2) telah selesai dibayar dan kini adalah bayaran bagi fasa ketiga (3) bagi tahun ini.

Bagaimanakah semak tarikh rasmi bayaran str fasa 3? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : CHECK BANTUAN MYKAD RM450 : SEMAK STATUS SEKARANG

JUMLAH BAYARAN STR FASA 3 2024

Berikut merupakan anggaran jumlah bayaran STR bagi fasa ketiga (3) untuk setiap kategori :

  • Kategori Isi Rumah :
PENDAPATAN ISI
RUMAH / BIL.ANAK
TIADA ANAK1 – 2 ANAK3 – 4 ANAK5 KE ATAS
RM2,500 KE BAWAHRM150RM350RM500RM650
RM2,501 –
RM5,000
RM150RM200RM250RM300
*Nota : Bagaimanapun, jumlah bayaran adalah tertakluk kepada kelayakan penerima.
  • Kategori Bujang :
UMUR PENERIMAJUMLAH BAYARAN
FASA 3
21 HINGGA 59 TAHUNRM50
60 TAHUN KE ATAS
(WARGA EMAS)
RM150
*Nota : Bagaimanapun, jumlah bayaran adalah tertakluk kepada kelayakan penerima.

TARIKH RASMI BAYARAN STR FASA 3 2024

Berikut merupakan anggaran tarikh rasmi bayaran STR fasa ketiga (3) 2024 :

TARIKH RASMI BAYARAN STR FASA 3
Di anggarkan 1 hingga 31 Ogos 2024
*Nota : Tarikh adalah tertakluk kepada pindaan semasa ke semasa dan akan dikemaskini apabila diumumkan secara rasmi.

KAEDAH BAYARAN STR FASA 3 2024

Pembayaran bantuan STR kepada penerima adalah melalui dua (2) kaedah iaitu :

BIL.JENIS PENERIMAKAEDAH BAYARAN
1.Ada akaun bankDikreditkan terus ke dalam akaun
bank penerima / pasangan
2.Tiada akaun bankDiberikan secara tunai di kaunter
Bank Simpanan Nasional (BSN)

SEMAK STATUS BAYARAN STR FASA 3 2024

Ikuti cara semakan status bayaran STR fasa 3 seperti berikut :

PAUTAN PORTAL RASMI MySTR LHDNM
https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  1. Sila klik pada pautan Portal Rasmi MySTR LHDNM di atas.
  2. Pada halaman utama, sila masukkan nombor Mykad pemohon pada ruangan tanpa (-) contoh : 83XXXXXXXXXX.
  3. Klik butang [Log Masuk].
  4. Seterusnya, klik [Semak].
  5. Tekan [Ya] sekiranya frasa keselamatan pemohon yang dipaparkan adalah betul.
  6. Masukkan kata laluan yang betul.
  7. Klik butang [Log Masuk].
  8. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Status bayaran penerima akan dipaparkan.
  10. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MySTR LHDNM. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel :[email protected]

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.

Leave a Comment