TARIKH RASMI STR FASA 3 2024 : SEMAK STATUS SEKARANG

TARIKH RASMI STR FASA 3 2024 : SEMAK STATUS SEKARANG

Pembayaran bantuan STR atau Sumbangan Tunai Rahmah bagi fasa pertama (1) dan kedua (2) telah selesai dibayar kepada 8.3 juta penerima. Kini bayaran bagi fasa ketiga (3) bakal dilakukan kepada hampir 9 juta rakyat yang memenuhi kelayakan.

Bagaimanakah semak status tarikh rasmi str fasa 3? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : PORTAL PERMOHONAN BANTUAN EWALLET B40 RM300 SETIAP BULAN RASMI DIBUKA : SEMAK KELAYAKAN DAN DAFTAR SEKARANG

JUMLAH BAYARAN STR FASA 3 2024

Berikut merupakan anggaran jumlah bayaran bantuan STR fasa ketiga (3) mengikut kategori penerima :

  • Kategori Isi Rumah :
KELAYAKAN PENERIMA
/ BILANGAN
ANAK
TIADA ANAK1 – 2 ANAK3 – 4
ANAK
5 ANAK
KE ATAS
Pendapatan
bawah RM2,500
RM150RM350RM500RM650
Pendapatan
RM2,501 hingga
RM5,000
RM150RM200RM250RM300
  • Kategori Bujang :
KELAYAKAN PENERIMAJUMLAH BAYARAN
Umur 21 hingga 59 tahunRM50
Umur 60 tahun ke atasRM150
*Nota : Setiap penerima perlu membuat semakan oleh kerana jumlah di atas adalah anggaran sahaja.

KAEDAH BAYARAN STR FASA 3 2024

Kaedah pembayaran STR fasa ketiga (3) adalah seperti berikut :

  1. Secara tunai melalui pengkreditan ke dalam akaun bank penerima; atau
  2. Secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN).

TARIKH RASMI STR FASA 3 2024

Bantuan STR bagi fasa ketiga (3) akan dibayar kepada penerima pada tarikh :

TARIKH RASMI PEMBAYARAN STR
FASA 3 2024
** Ogos 2024

SEMAK STATUS BAYARAN RASMI STR FASA 3 2024

Ikuti cara semak status bayaran STR fasa ketiga (3) seperti berikut :

  1. Sila layari portal rasmi MySTR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Pada halaman utama, sila masukkan nombor Mykad pemohon pada ruangan tanpa (-) contoh : 83XXXXXXXXXX.
  3. Klik butang [Log Masuk].
  4. Seterusnya, klik [Semak].
  5. Tekan [Ya] sekiranya frasa keselamatan pemohon yang dipaparkan adalah betul.
  6. Masukkan kata laluan yang betul.
  7. Klik butang [Log Masuk].
  8. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Status bayaran penerima akan dipaparkan.
  10. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MySTR LHDNM. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel :[email protected]

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.

Leave a Comment