TARIKH TOL PERCUMA HARI RAYA 2025 : SEMAK TARIKH MULA & TERAKHIR DILAKSANAKAN

TARIKH TOL PERCUMA HARI RAYA 2025 : SEMAK TARIKH MULA & TERAKHIR DILAKSANAKAN

Bermula tahun 2025, kerajaan Malaysia tidak lagi menawarkan tol percuma sempena musim perayaan, termasuk Hari Raya Aidilfitri. Sebaliknya, kerajaan telah memberikan diskaun tol sebanyak 50% semasa perayaan tertentu.

Contohnya, semasa Tahun Baharu Cina 2025, diskaun tol 50% telah diberikan kepada kenderaan persendirian Kelas 1 di semua plaza tol, kecuali plaza tol di sempadan negara seperti Tol Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Plaza Tol Tanjung Kupang (LINKEDUA).

KERAJAAN bakal meneruskan pemberian diskaun tol 50 peratus sempena Aidilfitri, seperti dilaksanakan pada sambutan Tahun Baharu Cina.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi mengesahkan potongan tol itu akan diumumkan dalam masa terdekat.

“Kita buat seperti Tahun Baharu Cina, iaitu 50 peratus potongan. Nanti kita akan umumkan kepada mereka yang balik kampung”

Beliau menjelaskan, langkah pemberian diskaun tol ini tidak akan mengganggu perancangan Kerajaan untuk memberi kemudahan kepada rakyat yang pulang ke kampung sempena perayaan.

Bagaimanapun, beliau meminta orang ramai bersabar kerana potongan tersebut masih dalam perbincangan yang perlu diperhalusi.

Pengguna lebuh raya disarankan untuk mengikuti perkembangan terkini melalui saluran rasmi kerajaan atau syarikat konsesi tol bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai sebarang diskaun atau inisiatif lain yang mungkin diperkenalkan sempena musim perayaan akan dating

BACA JUGA DI SINI : PENGELUARAN KHAS KWSP 2025 SECARA ONLINE : SEMAK SYARAT PENGELUARAN AKAUN 1/AKAUN 2 & AKAUN 3

TARIKH TOL PERCUMA HARI RAYA 2025

Tarikh tol percuma/diskaun 50% masih belum diumumkan secara rasmi bila akan mula dilaksanakan.

Tempoh pemberian tol percuma atau diskaun 50% mungkin akan dilaksanakan selama 2 hari seperti tahun sebelumnya di kesemua lebuh raya yang bermula pada jam 12.01 tengah malam, 8 April 2024 (Isnin) dan akan berakhir pada jam 11.59 malam, 9 April 2024 (Selasa) di mana Kerajaan perlu memperuntukkan bayaran pampasan dengan anggaran berjumlah RM37.60 juta.

KADAR TOL PLUS 2025 TERKINI

Pengguna jalan raya diberi inisiatif untuk menyemak kadar tol di lebuhraya bagi memudahkan urusan perjalanan. Harga tol terkini boleh disemak di PLUS dengan cara kiraannya seperti berikut:

  1. Layari pautan PLUS di https://www.plus.com.my/.
  2. Kemudian, pengguna perlu scroll ke bawah sehingga menjumpai ‘Toll Fare Calculator’.
  3. Pilih lebuhraya yang ingin digunakan.
  4. Seterusnya, pilih Plaza Masuk dan Plaza Keluar.
  5. Kadar tol akan ditunjukkan mengikut kategori kenderaan.
  6. Perhatikan jenis kenderaan yang digunakan dengan betul serta kadar bayarannya.
  7. Selesai.

Pengguna juga boleh menyemak kadar tol plus 2025 melalui laman web khas Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM)seperti di bawah :

  1. Layari laman web LLM https://www.llm.gov.my/.
  2. Cari [Kalkulator Tol] untuk kira kadar tol lebuhraya.
  3. Kemudian, pilih Lebuhraya PLUS.
  4. Pilih Plaza Masuk dan Plaza Keluar.
  5. Paparan perjalanan Lebuhraya PLUS akan keluar dengan kelas kenderaan dan kadar bayarannya.
  6. Selesai.

CHECK KADAR TOL LPT 2025

  1. Cara check harga tol LPT seterusnya adalah dengan menggunakan laman web atau website TOLL FARE CALCULATOR untuk pengguna LPT HIGHWAY .
  2. Melalui paparan toll rates, disediakan 3 lebuhraya utama iaitu KLK, LPT 1 dan LPT2.
  3. Selain menggunakan website penyelenggara LPT, anda juga boleh menggunakan website Lembaga Lebuhraya Malaysia menerusi LEMBAGA LEBUHRAYA MALAYSIA .
  4. Untuk menggunakannya, anda hanya perlu cari sama ada lebuhraya KL-Karak, LPT1 atau LPT 2.
  5. Masukkan lokasi asal atau plaza tol yang anda masuk dan dimana plaza tol yang anda keluar.
  6. Kemudian tekan ‘Hantar’. Akan dipaparkan harga tol bagi setiap class kenderaan. Kereta, lori, bas, teksi dan sebagainya.

RUJUKAN

Maklumat tentang tol lebuhraya PLUS ini telah dirujuk daripada laman web khas PLUS. Sebarang maklumat lanjut berkenaan tol atau keadaan lebuhraya, boleh rujuk di:

Laman web PLUS : https://www.plus.com.my/
No. Telefon : 03-7666 4666
No. Faks : 03-7801 4666

Leave a Comment