TEBUS BANTUAN SARA ONE OFF RM300 2024 : CLAIM SEKARANG
Seawal bulan Disember ini, hampir 60 peratus (%) rakyat dewasa di Malaysia yang terpilih boleh mula menebus atau menerima Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) secara one off (sekaligus) dengan nilai antara RM150 sehingga RM300 bagi setiap individu.
Bagaimanakah cara tebus bantuan sara one off rm300? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : SEMAKAN BANTUAN RM1200 DALAM IC : CHECK STATUS SEKARANG
TARIKH TEBUS BANTUAN SARA ONE OFF 2024
Seperti yang telah diumumkan dalam Siaran Media Kementerian Kewangan (MOF) baru-baru ini, seramai 8 juta rakyat yang merupakan golongan dewasa di Malaysia boleh mula menebus / menerima Bantuan SARA bermula 9 Disember 2024, Isnin secara one off (sekaligus).
CARA TEBUS BANTUAN SARA ONE OFF RM300 2024
Bagi individu yang tidak mempunyai sebarang akaun bank yang aktif atau status pengkreditan ‘Gagal Kredit’ boleh menebus Bantuan SARA secara one off dengan nilai RM150 atau RM300 di kaunter mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran.
*Nota : Bagi individu yang telah mendaftarkan nombor akaun bank, perlu menunggu Bantuan SARA dikreditkan ke dalam akaun bank.
AMAUN KELAYAKAN BANTUAN SARA ONE OFF 2024
Setiap individu boleh menebus / menerima Bantuan SARA secara one off dengan amaun yang telah ditetapkan mengikut kelayakan seperti berikut :
- Bujang / Balu / Janda / Duda tiada anak : RM150.
- Isi Rumah Berpasangan / Ibubapa Tunggal ada anak : RM300.
SEMAKAN BANTUAN SARA ONE OFF RM300 2024
Untuk mengetahui status kelayakan untuk menebus Bantuan SARA one off yang bernilai RM300, ikuti cara semakan di bawah :
- Sila klik pada pautan rasmi Bantuan SARA One Off di sini [Portal Semakan SARA ONE OFF 2024].
- Halaman utama portal akan dipaparkan.
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
- Klik butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak].
- ‘Frasa keselamatan’ pemohon akan dipaparkan.
- Sekiranya frasa tersebut adalah betul, klik [Ya].
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Seterusnya, klik butang [Log Masuk].
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status bayaran [Sumbangan Asas Rahmah] akan dipaparkan ‘Lulus‘.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Untuk sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan SARA, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://manfaat.mof.gov.my/b2024/individu/sara.