TEBUS E WALLET RM100 MADANI 2023 GUNA MAE MAYBANK : CLAIM ONLINE
Program e-Wallet ini adalah di bawah kerangka eMADANI iaitu kesinambungan daripada program eBeliaRahmah yang berjaya dilancarkan dan mendapat sambutan daripada kalangan belia dan mahasiswa untuk memupuk budaya pembayaran tanpa tunai. Disamping itu, dapat membantu rakyat Malaysia yang memerlukan.
Program bantuan ini akan disalurkan dengan kerjasama aplikasi e-dompet seperti MAE Maybank, Setel Petronas, Touch ‘n Go (TnG) dan ShopeePay. Bantuan ini dijangka akan memanfaatkan seramai 10 juta rakyat Malaysia yang tersenarai dalam golongan B40 dan M40.
Bagaimanakah cara tebus e wallet rm100 madani 2023 guna mae maybank? Ikuti panduan cara tebus di sini.
BACA JUGA : TEBUS E WALLET RM100 MADANI GUNA TOUCH N GO : CLAIM ONLINE
SYARAT KELAYAKAN
Untuk menebus / menuntut Bantuan e-Wallet RM100 MADANI, pemohon hendaklah memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan seperti di bawah :
- Warganegara Malaysia.
- Berumur 21 tahun ke atas pada 1 Januari 2023 ; dan
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berdasarkan rekod pada 7 November 2023 ; atau
- Mempunyai pendapatan dan pendapatan tersebut adalah RM100,000 dan ke bawah setahun berdasarkan rekod Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) setakat 15 Julai 2023.
TEMPOH TEBUS / BELANJA BANTUAN E WALLET RM100
Bantuan e-Wallet RM100 MADANI mempunyai tempoh masa untuk tebus dan untuk berbelanja mengikut tarikh yang ditetapkan seperti berikut :
- Tempoh tuntutan : 4 Disember 2023 – 20 Februari 2024.
- Tempoh perbelanjaan : 4 Disember 2023 – 29 Februari 2024.
KEGUNAAN BANTUAN E WALLET RM100 MADANI 2023
Bantuan e-Wallet RM100 MADANI hanya boleh dibelanjakan secara fizikal sahaja di kedai terpilih dan TIDAK boleh digunakan untuk :
- Pengeluaran tunai.
- Pemindahan wang.
- RFID & PayDirect di pintu tol.
- Urusniaga dalam talian, termasuk peniaga luar negara.
- Bayaran bil, prabayar, pascabayar dan kredit game.
TEBUS E WALLET RM100 MADANI 2023 GUNA MAE MAYBANK
Ikuti cara tebus Bantuan e-Wallet RM100 MADANI dengan menggunakan aplikasi MAE Maybank seperti berikut :
- Sila buka aplikasi [MAE Maybank] di dalam telefon bimbit anda.
- Kemudian, klik pada ikon [eMADANI] pada bahagian halaman utama (HOME).
- Anda akan dipaparkan syarat kelayakan, sila baca dengan teliti.
- Tandakan [/] sekiranya anda setuju dengan Terma & Syarat yang ditetapkan.
- Seterusnya, klik pada butang [Claim Now].
- Klik [I Agree] sekiranya anda setuju bahawa data anda akan dikongsi dengan pihak ketiga.
- Masukkan katalaluan MAE Maybank anda.
- Klik butang [Teruskan].
- Isikan semua maklumat yang diperlukan seperti :
- [Alamat],
- [Jantina],
- [Bangsa],
- [Tahap Pendidikan Terkini],
- [Jenis Pekerjaan],
- [Pendapatan Kasar Bulanan],
- [Jenis Industri].
- Seterusnya, klik butang [Hantar].
- ‘Permohonan anda telah diterima dan sedang diproses’.
- Selesai.
*Pengesahan dan kelulusan akan mengambil masa sehingga (5) hari selepas anda membuat tuntutan / tebus.
MAKLUMAT LANJUT
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan Bantuan e-Wallet RM100 MADANI di dalam aplikasi MAE Maybank, sila hubungi pihak berwajib seperti di bawah :
- MAE Maybank : 1300-88-6688;atau
- Emel : [email protected].
Pihak kami hanya berkongsi maklumat di atas sahaja untuk memudahkan carian panduan. Semoga bermanfaat.