TERKINI BANTUAN PEMBELIAN KEPERLUAN ASAS RM3600 2024 : SEMAK PENERIMA SEKARANG

TERKINI BANTUAN PEMBELIAN KEPERLUAN ASAS RM3600 2024 : SEMAK PENERIMA SEKARANG

Bukan hanya rakyat yang berpendapatan rendah (B40) sahaja layak menerima bantuan untuk pembelian keperluan asas, malah rakyat yang berpendapatan serdehana juga layak untuk mendapatkannya dengan jumlah sehingga RM3,600.

Bagaimanakah semak penerima terkini bantuan pembelian keperluan asas rm3600? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : CHECK PENERIMA BANTUAN EKASIH TERBARU RM500 DALAM MYKAD : SEMAK SEKARANG

TARIKH PEMBERIAN BANTUAN PEMBELIAN KEPERLUAN ASAS RM3600 2024

Bantuan untuk pembelian keperluan asas yang bernilai RM3,600 akan diberikan kepada penerima secara ansur berperingkat sebanyak RM300 sebulan bermula pada tarikh 5 hingga 15 hari bulan pada setiap bulan sepanjang tahun.

BERMULAHINGGA
5 hari bulan15 hari bulan

TEMPOH PEMBERIAN BANTUAN PEMBELIAN KEPERLUAN ASAS RM3600 2024

Pemberian Bantuan untuk Pembelian Keperluan Asas adalah selama tempoh dua (2) tahun berturut-turut. Namun, sekiranya penerima yang layak tidak membuat pembelian atau tidak menggunakan bantuan selama lebih tiga (3) bulan, bantuan akan ditamatkan dengan serta merta.

AMAUN BANTUANTEMPOH PEMBERIAN
RM300Sebulan
RM3,600Setahun
RM7,200Dua tahun

PROSEDUR PEMBELIAN KEPERLUAN ASAS DENGAN BANTUAN RM3600 2024

Penerima yang layak boleh membuat pembelian keperluan asas dengan menggunakan bantuan seperti berikut :

  1. Kunjungi kedai atau pasaraya yang berhampiran (mengikut kedai yang terpilih di sini : https://www.bingkasselangor.com/senarai-kedai).
  2. Pilih barangan keperluan asas yang ingin dibeli.
  3. Di kaunter bayaran, juruwang akan mengimbas ID penerima di aplikasi Selangkah untuk pengesahan.
  4. Saringan barangan yang dipilih akan dilakukan mengikut senarai barang yang terpilih.
  5. Penerima perlu buka aplikasi Selangkah dan klik butang [Bayar].
  6. Kemudian, masukkan 6-digit nombor PIN untuk pengesahan.
  7. Juruwang akan mengimbas kod QR yang terpapar untuk menerima bayaran.

SENARAI BARANG KEPERLUAN ASAS BOLEH DIBELI DENGAN BANTUAN RM3600 2024

Antara barang keperluan asas yang boleh dibeli dengan bantuan adalah :

  • Barang Keperluan Makanan :
    • Beras, mi dan bihun, roti, biskut, telur, gula dan garam, rempah ratus, Sos, kicap, tepung, minyak masak, sayuran dan buah-buahan, daging ayam, lembu dan, kambing dan ikan, produk tenusu – susu segar, susu tepung, susu sejat dan susu pekat manis.
  • Barang Keperluan Kebersihan dan Kesihatan :
    • Ubat-ubatan, sabun, kelengkapan mandian, bahan pencuci dan lampin pakai buang.
  • Keperluan Persekolahan / Pendidikan :
    • Buku sekolah / akademik, kasut, beg, buku alat tulis, pakaian seragam dan sebagainya.

SEMAKAN PENERIMA TERKINI BANTUAN PEMBELIAN KEPERLUAN ASAS RM3600 2024

Untuk mengetahui penerima terkini yang layak menerima Bantuan Pembelian Keperluan Asas, ikuti cara semakan di bawah :

  1. Sila klik pada pautan portal semakan di sini : https://bingkasselangor.com/.
  2. Pada halaman utama, klik pada [Semak Status Permohonan].
  3. Masukkan nombor telefon tanpa (-) contoh : 0123456789.
  4. Kemudian, Masukkan kata laluan yang telah didaftarkan dengan betul.
  5. Seterusnya, klik pada butang [Log Masuk].
  6. Klik pada butang [Semakan Status].
  7. Status penerima akan dipaparkan.
  8. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi BINGKAS. Sekiranya terdapat pertanyaan lanjut, pihak tuan/puan boleh menghubungi Talian hotline BINGKAS : 1-800-22-6600 atau rujuk di sini : https://www.bingkasselangor.com/hubungi-kami.

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://www.bingkasselangor.com/soalan-lazim.

Leave a Comment