TERKINI PERMOHONAN BARU BANTUAN BINGKAS SELANGOR RM300 SETIAP BULAN 2024 TELAH DIBUKA : DAFTAR DAN SEMAK KELAYAKAN SEKARANG

TERKINI PERMOHONAN BARU BANTUAN BINGKAS SELANGOR RM300 SETIAP BULAN 2024 TELAH DIBUKA : DAFTAR DAN SEMAK KELAYAKAN SEKARANG

Berita baik kepada rakyat yang lahir di Selangor atau telah menetap di Selangor, Kerajaan Negeri Selangor telah membuka permohonan yang baru bagi Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) yang bakal disalurkan sebanyak RM300 setiap bulan.

Bagaimanakah permohonan baru bantuan bingkas selangor rm300 setiap bulan 2024? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : CHECK BANTUAN MYKAD B40 TERBARU RM250 SETIAP BULAN : SEMAK STATUS PENERIMA SEKARANG

OBJEKTIF BANTUAN BINGKAS SELANGOR RM300 SETIAP BULAN 2024

Bantuan BINGKAS Selangor adalah sebuah inisiatif Kerajaan Negeri Selangor untuk membantu meningkatkan kestabilan kewangan, mengurangkan cabaran ekonomi, dan memperkukuh keharmonian serta kemakmuran rakyat di Selangor.

TARIKH PERMOHONAN BARU BANTUAN BINGKAS SELANGOR 2024

Pemohon boleh mula memohon bantuan BINGKAS Selangor pada :

PERKARATARIKH
Permohonan Dibuka5 Julai 2024
Permohonan Ditutup15 Ogos 2024

JUMLAH BAYARAN BARU BANTUAN BINGKAS SELANGOR 2024

Pembayaran bantuan BINGKAS Selangor yang baru adalah berjumlah :

JUMLAH BAYARAN BANTUAN BINGKAS
RM300 Setiap bulan
*Nota : Bantuan akan disalurkan melalui e-Wallet setiap bulan selama tempoh 12 bulan yang memperuntukan sebanyak RM3,600 setahun untuk setiap individu.

MANFAAT-MANFAAT BANTUAN BINGKAS SELANGOR RM300 SETIAP BULAN 2024

Antara manfaat-manfaat Bantuan BINGKAS Selangor termasuklah :

  • e-Wallet BINGKAS boleh diguna di kedai serta pasaraya berdaftar.
  • Urusniaga pembelian secara tanpa tunai (guna Kod QR e-Wallet).
  • Had bulanan pembelian barangan keperluan asas sebanyak RM300.
  • Baki nilai bulan terdahulu perlu dihabiskan dan tidak dibawa ke bulan hadapan.
  • e-Wallet BINGKAS akan ditambah nilai ke tahap RM300 setiap bulan secara automatik.

SENARAI BARANGAN DI BAWAH BANTUAN BINGKAS SELANGOR

Berikut merupakan senarai barangan keperluan asas yang boleh dibeli menggunakan Bantuan BINGKAS Selangor :

  • Beras.
  • Mi dan Bihun.
  • Roti.
  • Biskut.
  • Telur.
  • Gula dan Garam.
  • Rempah ratus, Sos, Kicap dan sebagainya.
  • Tepung.
  • Minyak masak.
  • Ubat-ubatan.
  • Sayuran dan buah-buahan.
  • Daging ayam, lembu dan, kambing dan ikan.
  • Sabung, kelengkapan mandian dan bahan pencuci.
  • Lampin pakai buang.
  • Produk tenusu – susu segar, susu tepung, susu sejat dan susu pekat manis.
  • Barangan persekolahan – kasut, beg, buku alat tulis, pakaian seragam dan sebagainya.
  • Perihal pendidikan – buku sekolah / akademik.

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN BARU BANTUAN BINGKAS SELANGOR 2024

Bermula pada 1 Julai 2024, Kerajaan Negeri Selangor telah menetapkan syarat-syarat kelayakan seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia;
  • Lahir di Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun;
  • Pemilih berdaftar di Negeri Selangor
  • Keluarga yang mempunyai tanggungan minimum dua (2) orang berusia 18 tahun ke bawah; dan
  • Pendapatan isi rumah di bawah RM5,000.00 sebulan.

TERKINI PERMOHONAN BARU BANTUAN BINGKAS SELANGOR RM300 SETIAP BULAN 2024 TELAH DIBUKA

Ikuti cara permohonan baru Bantuan BINGKAS Selangor di portal rasmi seperti berikut :

  1. Sila layari Portal Rasmi BINGKAS di sini : https://www.bingkasselangor.com/.
  2. Pada halaman utama BINGKAS, sila klik pada [Daftar Sekarang].
  3. Kemudian, klik pada butang [Daftar Akaun Selangkah Baru] di bawah.
  4. Masukkan nombor telefon mengikut format, contoh : 0123456789.
  5. Klik butang [Teruskan].
  6. Isikan segala butiran peribadi yang diperlukan dengan betul.
  7. Seterusnya, klik pada butang [Daftar].
  8. Setelah pendaftaran berjaya, sila [Log Masuk] mengikut akaun yang didaftarkan.
  9. Kemudian, tekan butang [Buat Permohonan].
  10. Masukkan segala maklumat peribadi yang diperlukan dan tekan butang [Hantar].
  11. Pada bahagian butiran anak, sila klik [Tambah Anak] untuk mengisi maklumat tentang anak dan tekan [Hantar].
  12. Tandakan pada kotak yang berkenaan dan tekan butang [Hantar].
  13. Klik [Choose File] untuk memuat naik dokumen yang diperlukan (mengikut format jpeg. dan pdf) dan tekan [Hantar].
  14. Tandakan pada kotak persetujuan [/].
  15. Seterusnya, klik butang [Hantar].
  16. ‘Permohonan telah berjaya’.
  17. Anda perlu mengaktifkan akaun Selangkah e-Wallet.
  18. Selesai.

DOKUMEN SOKONGAN PERMOHONAN BANTUAN BINGKAS SELANGOR

Pemohon perlu menyediakan dokumen sokongan untuk dilampirkan bersama permohonan, antara dokumen yang diperlukan adalah :

  • Salinan Kad Pengenalan (Permohon dan/atau Pasangan).
  • Salinan Kad Pengenalan, MyKid atau Surat Kelahiran / Sijil Anak Angkat / Kad OKU / Pengesahan Belajar daripada IPTA atau IPTS (Anak-anak / Tanggungan).
  • Salinan Sijil Kematian / Perceraian / Laporan Polis (untuk bapa/ibu tunggal).
  • Salinan Slip Gaji / Pencen Terkini (untuk penjawat awam / pesara).
  • Salinan Penyata EA atau KWSP (untuk pekerja swasta).
  • Pengesahan Penyata Pendapatan daripada Ketua Komuniti seperti ADUN / Penghulu / Ahli Majlis / Ketua Kampung (bagi yang bekerja sendiri / tidak bekerja).

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi BINGKAS. Sekiranya terdapat pertanyaan lanjut, pihak tuan/puan boleh menghubungi Talian hotline : 1-800-22-6600.

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://www.bingkasselangor.com/#pengenalan.

Leave a Comment