WARGA EMAS LAYAK TERIMA RM600 SEBULAN – SEMAK KELAYAKAN & MOHON SEKARANG
Tahukah anda? Warga emas di Malaysia mungkin layak menerima bantuan bulanan sehingga RM600 daripada kerajaan. Ramai yang tidak tahu bahawa mereka atau keluarga mereka boleh memohon Bantuan Warga Emas (BWE) dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Dalam artikel ini, kami akan menerangkan :
- Apa itu Bantuan Warga Emas JKM
- Jumlah bantuan terkini
- Syarat kelayakan
- Cara memohon (manual atau atas talian)
- Cara menyemak status permohonan
APA ITU BANTUAN WARGA EMAS JKM?
Bantuan Warga Emas (BWE) JKM adalah bantuan kewangan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat JKM. Tujuannya adalah untuk membantu warga emas yang layak meneruskan kehidupan dalam komuniti dengan lebih bermaruah.
“Baca Juga : STR FASA 1 2026 – SEMAKAN STATUS KELAYAKAN“
KADAR BANTUAN
Kerajaan telah menaikkan kadar bantuan untuk tahun 2025 menjadi :
- RM600 sebulan untuk setiap penerima yang layak.

Ini bermakna, warga emas boleh menerima sehingga RM7,200 setahun jika permohonan mereka diluluskan, dan bayaran diterima setiap bulan.
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN WARGA EMAS
Syarat asas kelayakan adalah :
- Warganegara Malaysia dan menetap di Malaysia.
- Berumur 60 tahun ke atas.
- Tidak tinggal di pusat jagaan kerajaan atau swasta secara percuma.
- Pendapatan isi rumah di bawah Paras Garis Kemiskinan (PGK) Miskin Tegar semasa.
- Permohonan masih boleh dinilai walaupun tinggal bersama anak/penjaga, sekiranya tidak ditanggung sepenuhnya.
Bagi warga emas sebatang kara, permohonan masih boleh dinilai walaupun tinggal dengan anak/penjaga.
CARA MOHON BANTUAN WARGA EMAS JKM
Terdapat 2 cara untuk memohon :
Permohonan Manual di Pejabat JKM
- Dapatkan Borang JKM 18 dan isikan maklumat yang diperlukan.
- Sertakan salinan MyKad, penyata pendapatan, bil utiliti, dan salinan akaun bank.
- Hantar ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah berdekatan.

Permohonan Atas Talian di Portal eBantuan JKM
- Layari https://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/Awam/BorangPermohonan_SemakIc.jsp;
- Daftar akaun, dan isikan maklumat yang diperlukan.
Penting : Hadir ke pejabat JKM dalam masa 14 hari selepas permohonan dalam talian, untuk pengesahan.
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
Sediakan salinan dan dokumen asal seperti berikut :
- Salinan MyKad pemohon
- Salinan MyKad/MyKid ahli keluarga serumah
- Bukti pendapatan (slip gaji/penyata bank/surat pengesahan)
- Salinan bil utiliti (elektrik/air/telefon)
- Salinan buku akaun bank pemohon
- Dokumen sokongan lain (jika berkaitan: surat cerai, sijil kematian pasangan, surat doktor, dll.)
SEMAKAN STATUS PERMOHONAN BANTUAN WARGA EMAS
Anda boleh menyemak status permohonan secara dalam talian :
- Layari https://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/login.jsp
- Masukkan nombor kad pengenalan anda.
- Sistem akan memaparkan status permohonan anda.
SOALAN LAZIM (FAQ) BANTUAN WARGA EMAS (BWE)
Ya, terutama warga emas sebatang kara.
Ya. Bayaran akan dimasukkan terus ke akaun. Jika tiada akaun, pembayaran tunai boleh dibuat di pejabat JKM.
Biasanya 1-3 bulan (selepas dokumen lengkap dan siasatan sosial dijalankan).
Tiada. Permohonan dibuka sepanjang tahun.
Maklumat & Info Lanjut
Untuk maklumat lebih lanjut dan sebarang pertanyaan tentang Bantuan Warga Emas JKM, sila layari atau hubungi :
- Talian JKM : 03-8000 8000
- Laman Web Rasmi : https://www.jkm.gov.my/main/home
- Pejabat Kebajikan Masyarakat berhampiran.
Ramai warga emas yang layak, tetapi tidak tahu tentang bantuan ini. Jika anda, ibu bapa anda, atau orang yang anda jaga memerlukan bantuan, jangan lepaskan peluang ini.
Semak kelayakan, dan mohon di laman rasmi eBantuan JKM atau pejabat JKM yang berdekatan.