SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH SARA RM1200 2024 : CHECK SEKARANG

SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH SARA RM1200 2024 : CHECK SEKARANG

Bagi tahun 2024, Kerajaan telah menambah baik program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebagai bantuan subsidi bersasar kepada rakyat yang paling terkesan dengan gelumang kos sara hidup. Program ini yang bakal dilaksana secara berperingkat bermula 22 Januari 2024, menyasarkan untuk mengangkat taraf ekonomi golongan rentan dan menjunjung prinsip kesaksamaan yang menjadi teras kepada kerangka Ekonomi MADANI.

Bagaimanakah semakan status penerima bantuan sumbangan asas rahmah sara rm1200? Ikuti penjelasan lanjut di sini.

BACA JUGA : SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN SARA HIDUP RM100 SEBULAN : CHECK SEKARANG

PENGENALAN

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) merupakan sumbangan tambahan kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berstatus Miskin dan Miskin Tegar eKasih di mana pelaksanaannya telah ditambah baik pada tahun 2024 bagi memenuhi keperluan barangan asas (Januari – Disember 2024) dengan kelayakan berjumlah RM1,200 / RM600 melalui pembelian tanpa tunai mengikut kadar RM100 / RM50 sebulan dalam tempoh 12 bulan.

KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH SARA RM1200 2024

Pemberian bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang bernilai RM1,200 adalah terhad kepada yang memenuhi syarat kelayakan seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia;
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2023.

Nota : Amaun kelayakan SARA 2024 adalah tertakluk kepada fasa STR 2024 diluluskan.

AMAUN KELAYAKAN BANTUAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH SARA

Setiap penerima yang layak akan meneriam bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) mengikut amaun dan kelayakan seperti berikut :

  • Kategori Isi Rumah Miskin & Miskin Tegar : RM1,200.
  • Kategori Warga Emas Tiada Pasangan Miskin & Miskin Tegar : RM1,200.
  • Kategori Bujang Miskin & Miskin Tegar : RM600.

PELAKSANAAN BANTUAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH

Kaedah pelaksanaan bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) adalah berbeza mengikut alamat penerima seperti berikut :

  1. Penerima daripada Semenanjung Malaysia :
    • Penerima akan menerima bantuan barangan keperluan asas tanpa tunai (cashless) berjumlah RM100 setiap bulan bagi tempoh 12 bulan (Januari 2024 – Disember 2024) secara automatik melalui akaun yang dibuka menggunakan MyKad penerima. Penerima SARA boleh membeli barangan runcit asas daripada kategori produk yang diluluskan di pasar raya / kedai runcit terpilih seluruh negara menggunakan MyKad.
  2. Penerima daripada negeri Sabah, Sarawak dan W.P. Labuan :
    • Bayaran RM600 dua kali setahun (19 Februari 2024 dan 12 Ogos 2024) mengikut kategori melalui pengkreditan ke akaun bank / secara tunai, sama seperti kaedah pembayaran STR 2024.

CARA MAKLUMAN PENERIMA BANTUAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH SARA

Kerajaan akan memaklumkan kepada penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) seperti kaedah berikut :

  • Surat Pemakluman :
    • Surat lulus STR 2024 bersekali kelayakan SARA kepada alamat berdaftar dalam permohonan STR.
  • Sistem Pesanan Ringkas (sms blast) :
    • Penerima SARA yang layak akan menerima Sistem Pesanan Ringkas / aplikasi WhatsApp (SMS) daripada MyKasih untuk mengesahkan status mereka sebagai penerima di bawah program ini, berserta tarikh dan masa untuk sesi taklimat orientasi di kedai runcit yang terdekat.
  • Semakan terus melalui portal rasmi :

SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH SARA RM1200 2024

Terdapat dua (2) Portal Rasmi yang boleh membuat semakan status. Ikuti cara semakan status di kedua-dua portal seperti berikut :

  • Semakan Status di Portal Rasmi MySTR LHDNM :
  1. Sila layari Portal Rasmi MySTR LHDNM.
  2. Masukkan nombor Kad Pengenalan pemohon pada ruangan [No MyKad].
  3. Kemudian, klik [Log Masuk].
  4. Klik butang [Semak].
  5. Seterusnya, klik [Ya] sekiranya frasa keselamatan pemohon adalah betul.
  6. Masukkan kata laluan dengan betul dan tekan [Log Masuk].
  7. Kemudian, klik pada [Semakan Permohonan].
  8. Status Sumbangan Asas Rahmah (SARA) pemohon akan dipaparkan.
  9. Selesai.
  • Semakan Status di Portal Rasmi MyKasih :
  1. Sila layari Portal Rasmi MyKasih.
  2. Pada halaman utama MyKasih, sila klik pada [SEMAK STATUS].
  3. Anda akan dibawa ke bahagian ‘Semakan Status’.
  4. Masukkan Nombor Mykad anda dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
  5. Seterunya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  6. Tekan butang [Semak Status].
  7. Status anda akan dipaparkan.
  8. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih berkaitan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dan dari Portal Rasmi MySTR. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

  • STR :
    • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
    • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
    • E-mel : [email protected]
  • SARA :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Risalah/Risalah%20STR%202024.pdf dan https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

Leave a Comment