SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN 600 MYKAD 2024 : CHECK SEKARANG

SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN 600 MYKAD 2024 : CHECK SEKARANG

Lebih lima kali ganda peruntukan bantuan yang disalurkan dijangka memanfaatkan lebih 700,000 penerima dengan peruntukan RM700 juta berbanding tahun 2023, iaitu hanya 210,000 penerima dengan perbelanjaan RM130 juta. Penerima yang layak akan menerima bantuan yang disalurkan ke dalam MyKad.

Bagaimanakah semakan nama penerima bantuan 600 mykad? Ikuti penerangan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN 100 SEBULAN MYKAD : CHECK SEKARANG

KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN 600 MYKAD 2024

Pemberian bantuan yang bernilai RM600 ini adalah terhad kepada yang memenuhi syarat kelayakan seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia;
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 kategori Bujang; dan
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2023.

KAEDAH PELAKSANAAN BANTUAN 600 MYKAD 2024

Pelaksanaan bantuan yang bernilai RM600 ini adalah mengikut alamat penerima seperti kaedah berikut :

ALAMAT PENERIMAKAEDAH
PELAKSANAAN
Semenanjung MalaysiaAkan dikreditkan secara automatik melalui
akaun yang dibuka menggunakan MyKad penerima
berjumlah RM50 setiap bulan bagi tempoh 12 bulan.
Sabah, Sarawak &
Wilayah Persekutuan Labuan
Akan dikreditkan ke akaun bank / secara tunai,
sama seperti kaedah pembayaran STR 2024 RM300
dua kali setahun (19 Februari 2024 dan 12 Ogos 2024).

JADUAL BAYARAN BANTUAN 600 MYKAD 2024

Penerima akan menerima elaun bulanan sebanyak RM50 secara bulanan selama setahun melalui MyKad mereka untuk membeli barang keperluan asas terpilih. Pembayaran pertama akan dilakukan mulai 22 Januari 2024 manakala bayaran seterusnya mulai Februari 2024 akan disalurkan ke akaun MyKad penerima pada 1 hari bulan setiap bulan seperti jadual berikut :

TARIKH BAYARANJUMLAH
22 Januari 2024RM50
01 Februari 2024RM50
01 Mac 2024RM50
01 April 2024RM50
01 Mei 2024RM50
01 Jun 2024RM50
01 Julai 2024RM50
01 Ogos 2024RM50
01 September 2024RM50
01 Oktober 2024RM50
01 November 2024RM50
01 Disember 2024RM50
*Nota : Baki elaun bulanan yang tidak habis digunakan akan dibawa ke bulan-bulan seterusnya dan boleh digunakan bersama dengan elaun bulan semasa. (Akan liput pada 31 Disember 2024)

KAEDAH PEMAKLUMAN

Penerima yang layak akan dimaklumkan mengikut kaedah seperti berikut :

KAEDAH
PEMAKLUMAN
KETERANGAN
Surat pemaklumanSurat lulus STR 2024 bersekali kelayakan SARA
kepada alamat berdaftar dalam permohonan STR.
Sistem Pesanan Ringkas (sms blast)Sistem Pesanan Ringkas / aplikasi WhatsApp
(SMS) daripada MyKasih untuk mengesahkan
status mereka sebagai penerima di bawah
program ini, berserta tarikh dan masa untuk sesi taklimat orientasi di kedai runcit yang terdekat.
Semakan terus melalui portal rasmiPortal rasmi STR
https://bantuantunai.hasil.gov.my /
Portal rasmi MyKasih
https://www.mykasih.com.my.

SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN 600 MYKAD 2024

Pemohon boleh membuat semakan di antara dua (2) portal yang berbeza iaitu Portal Rasmi Mykasih atau Portal Rasmi MySTR LHDNM seperti berikut :

SEMAKAN DI PORTAL RASMI MYKASIH

  1. Sila layari Portal Rasmi MyKasih.
  2. Pada halaman utama MyKasih, sila klik pada [SEMAK STATUS].
  3. Anda akan dibawa ke bahagian ‘Semakan Status’.
  4. Masukkan Nombor Mykad anda dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX.
  5. Tekan butang [Semak Status].
  6. Status anda akan dipaparkan.
  7. Selesai.

SEMAKAN DI PORTAL RASMI MYSTR LHDNM

  1. Sila layari Portal Rasmi MySTR LHDNM.
  2. Masukkan nombor Kad Pengenalan pemohon pada ruangan [No MyKad].
  3. Kemudian, klik [Log Masuk].
  4. Klik butang [Semak].
  5. Seterusnya, klik [Ya] sekiranya frasa keselamatan pemohon adalah betul.
  6. Masukkan kata laluan dengan betul dan tekan [Log Masuk].
  7. Kemudian, klik pada [Semakan Permohonan].
  8. Status Sumbangan Asas Rahmah (SARA) pemohon akan dipaparkan.
  9. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih berkaitan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dan dari Portal Rasmi MySTR. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

  • STR :
    • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
    • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
    • E-mel : [email protected]
  • SARA :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Risalah/Risalah%20STR%202024.pdf dan https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

4 thoughts on “SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN 600 MYKAD 2024 : CHECK SEKARANG”

Leave a Comment