BANTUAN EKASIH RM1200 2024 SEMAKAN STATUS : CHECK SEKARANG

BANTUAN EKASIH RM1200 2024 SEMAKAN STATUS : CHECK SEKARANG

Menurut data daripada eKasih, terdapat lebih ramai penerima yang layak menerima bantuan yang bernilai RM1,200. Jika dibandingkan dengan tahun sebelum ini hanya seramai 210,000 sahaja yang layak menerima. Namun, bagi tahun 2024 terdapat seramai 700,000 penerima ia menjadikan peruntukan lebih lima kali ganda.

Bagaimanakah bantuan ekasih rm1200 semakan status? Ikuti penjelasan lanjut di sini.

BACA JUGA : SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN BAKUL MAKANAN RM1200 : CHECK SEKARANG

APA ITU EKASIH

eKasih merupakan Bank Data Kemiskinan Nasional yang mengandungi maklumat mengenai kemiskinan bermula dari profil individu, program/bantuan yang diterima oleh Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR) daripada agensi pemberi bantuan sehinggalah kepada permohonan bantuan dan pemantauan keberkesanan program/bantuan yang diterima.

APA ITU BANTUAN RM1200

Bantuan RM1,200 adalah Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang merupakan sumbangan tambahan kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berstatus Miskin dan Miskin Tegar eKasih di mana pelaksanaannya telah ditambah baik pada tahun 2024 bagi memenuhi keperluan barangan asas.

KAEDAH PENERIMAAN BANTUAN EKASIH RM1200 2024

Pemberian bantuan melalui eKasih yang bernilai RM1,200 adalah melalui dua (2) kaedah berbeza mengikut negeri penerima seperti berikut :

  • Penerima beralamat Semenanjung Malaysia :
    • Akan menerima bantuan barangan keperluan asas tanpa tunai (cashless) berjumlah RM100 / RM50 setiap bulan bagi tempoh 12 bulan (Januari 2024 – Disember 2024) secara automatik melalui akaun yang dibuka menggunakan MyKad penerima.
  • Penerima beralamat Sabah, Sarawak dan W.P Labuan :
    • Akan menerima bayaran RM600 / RM300 dua kali setahun (19 Februari 2024 dan 12 Ogos 2024) mengikut kategori melalui pengkreditan ke akaun bank / secara tunai, sama seperti kaedah pembayaran STR 2024.

TARIKH PENERIMAAN BANTUAN EKASIH RM1200 2024

Kerajaan telah mengumumkan tarikh penerimaan bantuan yang disalurkan yang bernilai RM1,200 bagi tahun 2024 mengikut alamat penerima seperti jadual berikut :

ALAMAT PENERIMATARIKH BAYARAN
Penerima beralamat Semenanjung MalaysiaBermula 22 Januari 2024
dan pada bulan seterusnya
akan disalurkan
pada setiap 1 hari bulan.
(Januari – Disember 2024)
Penerima beralamat Sabah, Sarawak
dan W.P Labuan
Disalurkan dua kali setahun
(19 Februari 2024 dan 12 Ogos 2024)

BANTUAN EKASIH RM1200 2024 SEMAKAN STATUS

Semakan status bantuan yang bernilai RM1,200 hendaklah disemak pada Portal Rasmi MyKasih seperti berikut :

PAUTAN PORTAL RASMI SEMAKAN STATUS
https://www.mykasih.com.my/
  1. Sila layari Portal Rasmi MyKasih; atau klik pautan di atas.
  2. Pada halaman utama MyKasih, sila klik pada [SEMAK STATUS].
  3. Anda akan dibawa ke bahagian ‘Semakan Status’.
  4. Masukkan Nombor Mykad anda dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
  5. Seterunya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  6. Tekan butang [Semak Status].
  7. Status anda akan dipaparkan.
  8. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi eKasih dan Portal Rasmi MyKasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

  • Hubungi MyKasih: 03-7720 1800 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang)
  • Hubungi LHDNM: 1-800-88-2747 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
  • Hubungi MOF: 03-8882 4565 / 4566 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang).

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

2 thoughts on “BANTUAN EKASIH RM1200 2024 SEMAKAN STATUS : CHECK SEKARANG”

Leave a Comment