SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN BAKUL MAKANAN RM1200 2024 : CHECK SEKARANG
Pelbagai inisiatif Kerajaan dalam menyalurkan bantuan kepada rakyat termasuk pemberian bantuan dalam bentuk bakul makanan dapat meringankan bebanan hidup rakyat terutamanya rakyat dari golongan rentan. Pemberian Bantuan Bakul Makanan telah diperluaskan kepada lebih ramai penerima.
Bagaimanakah semakan nama penerima bantuan bakul makanan rm1200? Ikuti penerangan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN TUNAI FASA 1 : CHECK SEKARANG
APA ITU BANTUAN BAKUL MAKANAN
Bantuan Bakul Makanan merupakan Sumbangan Asas Rahmah yang disalurkan untuk pembelian barang makanan setiap bulan kepada penerima yang layak. Bantuan ini akan memanfaatkan kepada seramai 6.3juta penerima dari pelbagai kategori kelayakan.
APAKAH KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN BAKUL MAKANAN RM1200 2024
Pemberian bantuan bakul makanan adalah terhad kepada yang memenuhi syarat kelayakan seperti berikut :
- Warganegara Malaysia;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2023.
BERAPAKAH JUMLAH PENERIMA BANTUAN BAKUL MAKANAN
Berikut merupakan jumlah penerima bantuan bakul makanan mengikut kategori yang ditetapkan seperti di bawah :
KATEGORI PENERIMA | JUMLAH PENERIMA | JUMLAH BANTUAN |
---|---|---|
STR Miskin Tegar : i. Isi Rumah Berkahwin / Ibu Bapa Tunggal ada anak. ii. Warga Emas Tiada Pasangan. iii. Bujang. | 0.2j | -Isi Rumah : RM1,200. -Warga Emas : RM1,200. -Bujang : RM600. |
STR Miskin : i. Isi Rumah Berkahwin / Ibu Bapa Tunggal ada anak. ii. Warga Emas Tiada Pasangan. iii. Bujang. | 0.5j | -Isi Rumah : RM1,200. -Warga Emas : RM1,200. -Bujang : RM600. |
STR Asas (bukan miskin / miskin tegar) : i. Isi Rumah. ii. Warga Emas Tiada Pasangan. iii. Bujang. | 5.6j | -Isi Rumah : RM300. -Warga Emas : RM150. -Bujang : RM150. |
APAKAH SENARAI BANTUAN BAKUL MAKANAN
Bagi tahun 2024, bantuan bakul makanan telah ditambah kepada 13 kategori yang boleh dibeli menggunakan bantuan, berbanding tahun sebelum ini hanya 10 kategori sahaja. Berikut merupakan senarai barangan yang boleh dibeli dengan bantuan ini :
- Beras.
- Roti.
- Telur.
- Minyak Masak.
- Tepung.
- Biskut.
- Mi segera.
- Minuman.
- Makanan dalam tin.
- Bahan perasa.
- Produk kebersihan.
- Ubat-ubatan.
- Barangan persekolahan.
Nota : Barangan di atas mempunyai label pada rak harga ‘MyKasih’ di kedai-kedai terpilih.
DIMANAKAH BOLEH MENERIMA BANTUAN BAKUL MAKANAN 2024
Terdapat lebih daripada 600 rakan runcit di seluruh negara yang boleh ditebus bantuan tersebut seperti :
- Mydin,
- Giant,
- Econsave,
- The Store,
- Pacific,
- Milimewa,
- 99 Speedmart,
- Lotus Stores (Tesco),
- serta pasar raya dan pasar mini bebas.
Senarai pasar raya dan kedai runcit terlibat yang berhampiran boleh disemak melalui pautan di sini : https://app.mykasih.net/sara2/merchant-list.
CARA MENERIMA BANTUAN BAKUL MAKANAN RM1200 2024
Penerima akan menerima bantuan barangan keperluan asas tanpa tunai (cashless) berjumlah RM100 / RM50 setiap bulan bagi tempoh 12 bulan (Januari 2024 – Disember 2024) secara automatik melalui akaun yang dibuka menggunakan MyKad penerima. Penerima SARA boleh membeli barangan runcit asas daripada kategori produk yang diluluskan di pasar raya / kedai runcit terpilih seluruh negara menggunakan MyKad.
SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN BAKUL MAKANAN RM1200 2024
Sila ikuti cara semakan bantuan bakul makanan di Portal rasmi seperti berikut :
- Sila layari Portal Rasmi MyKasih; atau klik pautan di sini : https://www.mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama MyKasih, sila klik pada [SEMAK STATUS].
- Anda akan dibawa ke bahagian ‘Semakan Status’.
- Masukkan Nombor Mykad anda dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
- Seterunya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Tekan butang [Semak Status].
- Status anda akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :
- Talian Bantuan MyKasih : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Email : [email protected]
- Website : https://www.mykasih.com.my/contact-us/.
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.