BANTUAN MASUK DALAM MYKAD RM450 SETIAP BULAN 2024 : SEMAK PENERIMA SEKARANG

BANTUAN MASUK DALAM MYKAD RM450 SETIAP BULAN 2024 : SEMAK PENERIMA SEKARANG

Wang tunai yang dimasukkan ke dalam MyKad tidak boleh dikeluarkan namun ianya boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan secara tanpa tunai dengan hanya 6-digit nombor PIN (sama seperti menggunakan kad bank).

Bagaimanakah semak bantuan masuk dalam mykad rm450 setiap bulan? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : CHECK BANTUAN TAMBAHAN MYSTR DALAM MYKAD FASA 3 : SEMAK STATUS SEKARANG

PROSES BANTUAN MASUK DALAM MYKAD SETIAP BULAN 2024

Berikut merupakan proses kemasukan Bantuan ke dalam MyKad penerima setiap bulan :

  1. Permohonan dan pendaftaran dibuat oleh pemohon;
  2. Kerajaan meluluskan permohonan dan pendaftaran mengikut kelayakan;
  3. Akaun akan dibuka berdasarkan nombor MyKad yang didaftarkan;
  4. Bantuan akan dimasukkan ke dalam MyKad secara automatik setiap bulan;
  5. Penerima boleh menggunakannya untuk beli barang keperluan.

TARIKH BANTUAN MASUK DALAM MYKAD SETIAP BULAN 2024

Bantuan akan dimasukkan ke dalam MyKad setiap bulan pada tarikh-tarikh berikut :

BIL.TARIKH BANTUAN
MASUK DALAM
MYKAD
JUMLAH BANTUAN
MASUK
1.22-29/01/2024RM50
2.01/02/2024RM50
3.01/03/2024RM50
4.01/04/2024RM50
5.01/05/2024RM50
6.01/06/2024RM50
7.01/07/2024RM50
8.01/08/2024RM50
9.01/09/2024RM50
RM450
*Nota : Sekiranya bantuan tidak digunakan pada bulan sebelum ini, amaun akan dibawa ke bulan seterusnya.

KEDAI YANG MENERIMA PENGGUNAAN BANTUAN DALAM MYKAD 2024

Penerima yang disahkan layak boleh menggunakan bantuan dalam Mykad di mana-mana 600 rakan runcit di seluruh negara termasuk Mydin, Giant, Econsave, The Store, Pacific, Milimewa, 99 Speedmart, Lotus Stores (Tesco), Lulu Supermarket, serta pasar raya dan pasar mini bebas yang berhampiran.

*Rujuk kedai berhampiran di sini : https://app.mykasih.net/sara2/merchant-list.

CARA MENGETAHUI BANTUAN MASUK DALAM MYKAD SETIAP BULAN 2024

Kerajaan akan memaklumkan kepada penerima yang layak sekiranya Bantuan dimasukkan ke dalam MyKad setiap bulan melalui cara makluman seperti berikut :

  1. Surat Makluman Penerima :
    • Sesetengah penerima yang disahkan akan menerima surat makluman yang mengesahkan bahawa bantuan akan dimasukkan ke dalam MyKad (mengikut alamat yang didaftarkan).
  2. Pesanan Ringkas SMS / Whatsapp :
    • Sesetengah penerima lagi akan menerima Pesanan Ringkas SMS daripada MyKasih untuk memaklumkan pengesahan penerima (mengikut nombor telefon yang aktif).
  3. Portal Semakan Rasmi :
    • Sekiranya tidak menerima apa-apa makluman, penerima boleh membuat semakan di Portal Rasmi MyKasih untuk mengetahui sekiranya Bantuan Masuk ke dalam MyKad.

SEMAKAN BANTUAN MASUK DALAM MYKAD RM450 SETIAP BULAN 2024

Ikuti cara semakan di Portal Rasmi untuk mengetahui Bantuan masuk dalam MyKad setiap bulan :

  1. Sila layari Portal Rasmi MyKasih di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Halaman utama bantuan akan dipaparkan.
  3. Klik pada butang [SEMAK STATUS].
  4. Masukkan Nombor MyKad* dengan betul tanpa -.
  5. Kemudian, klik pada butang [Semakan status].
  6. Status penerima yang layak akan dipaparkan.
  7. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

  • Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
  • Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
  • Alamat E-mel : [email protected]

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

1 thought on “BANTUAN MASUK DALAM MYKAD RM450 SETIAP BULAN 2024 : SEMAK PENERIMA SEKARANG”

Leave a Comment