CHECK BANTUAN TAMBAHAN MYSTR DALAM MYKAD FASA 3 2024 : SEMAK STATUS SEKARANG

CHECK BANTUAN TAMBAHAN MYSTR DALAM MYKAD FASA 3 2024 : SEMAK STATUS SEKARANG

Kaedah bayaran bantuan tambahan kepada penerima MySTR adalah berlainan dengan cara bayaran STR kerana ia disalurkan ke dalam MyKad penerima. Namun tidak kesemua penerima MySTR fasa tiga akan menerima bantuan tambahan dan hanya untuk penerima yang terpilih sahaja.

Bagaimanakah check bantuan tambahan mystr dalam mykad fasa 3? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN TAMBAHAN STR RM150 FASA 3 : CHECK STATUS SEKARANG

APA ITU BANTUAN TAMBAHAN MYSTR DALAM MYKAD

Bantuan Tambahan MySTR yang disalurkan ke dalam MyKad adalah merupakan inisiatif terbaru kerajaan Madani khusus untuk memenuhi keperluan asas rakyat yang berpendapatan rendah dengan hanya menggunakan MyKad sahaja.

Namun penyaluran Bantuan Tambahan ini adalah setiap bulan sepanjang tahun dan tidak sama seperti penyaluran Bantuan MySTR yang diberikan secara ansur berperingkat mengikut empat (4) fasa.

BILAKAH BANTUAN TAMBAHAN MYSTR DALAM MYKAD FASA 3 2024 DISALURKAN

Bermula pada 1 September 2024 (Ahad) baru-baru ini, kerajaan telah mula menyalurkan bantuan tambahan MySTR ke dalam MyKad penerima seiring dengan penyaluran Bantuan MySTR bagi fasa yang ketiga iaitu bermula pada 29 Ogos 2024 (Khamis) hingga 20 September 2024 (Jumaat) ini.

SENARAI BANTUANTARIKH BAYARAN
Bantuan MySTR29/08/2024 – 20/09/2024
Bantuan Tambahan MySTR01/09/2024

BERAPAKAH AMAUN BANTUAN TAMBAHAN MYSTR DALAM MYKAD FASA 3 2024 DISALURKAN

Amaun Bantuan Tambahan MySTR disalurkan ke dalam MyKad adalah tertakluk kepada kategori kelayakan penerima iaitu bagi isi rumah yang berpendapatan rendah akan menerima sebanyak RM100 dan bagi penerima berstatus bujang pula akan menerima RM50 sahaja.

KATEGORI PENERIMAAMAUN BANTUAN
MYSTR FASA 3
AMAUN TAMBAHAN
Isi RumahRM150 hingga RM650+ RM100
Warga EmasRM150+ RM100
BujangRM50+ RM50

APAKAH KELAYAKAN KHUSUS PENERIMA BANTUAN TAMBAHAN MYSTR DALAM MYKAD 2024

Tidak semua penerima MySTR fasa yang ketiga (3) akan menerima bantuan tambahan ini dalam MyKad kerana ianya terhad kepada yang berkelayakan seperti berikut sahaja :

  • Warganegara Malaysia;
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM).

CHECK BANTUAN TAMBAHAN MYSTR DALAM MYKAD FASA 3 2024

Ikuti cara check status Bantuan Tambahan MySTR Dalam MyKad Fasa tiga seperti berikut :

  1. Sila layari laman rasmi MySTR; atau klik pautan ini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Masukkan nombor kad pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad*].
  3. Kemudian, klik butang [Log Masuk].
  4. Seterusnya, klik [Semak].
  5. Sekiranya frasa keselamatan yang dipaparkan adalah betul, klik [Ya].
  6. Masukkan kata laluan yang betul.
  7. Klik butang [Log Masuk].
  8. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Status bayaran penerima akan dipaparkan.
  10. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MySTR. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel : [email protected]

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

Leave a Comment