SEMAKAN BANTUAN RAHMAH 2024 : CHECK STATUS SEKARANG

SEMAKAN BANTUAN RAHMAH 2024 : CHECK STATUS SEKARANG

Penyasaran semula subsidi bermula pada tahun 2024 dan daripada penjimatan subsidi tersebut akan disalurkan bantuan tunai kepada rakyat seperti yang telah diumumkan dalam belanjawan 2024 oleh Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan iaitu YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Bagaimanakah semakan bantuan rahmah? Ikuti penjelasan lanjut di sini.

BACA JUGA : BANTUAN BARANG DAPUR B40 : SEMAK SEKARANG

APA ITU BANTUAN RAHMAH

Bantuan Rahmah ialah Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan juga bantuan tambahan iaitu Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang dijangka akan memanfaatkan seramai 60% rakyat dewasa Malaysia yang layak dengan jumlah sehingga RM3,700 seisi rumah.

JUMLAH PENERIMA BANTUAN RAHMAH 2024

Kadar penerima bantuan rahmah telah dinaikkan bagi tahun 2024 seperti berikut :

  • SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR) :
KATEGORI PENERIMAJUMLAH
PENERIMA
Isi Rumah Pendapatan
RM2,500 ke bawah.
2.8 juta
Isi Rumah Pendapatan
RM2,501 – RM5,000.
1.0 juta
Warga Emas Tiada Pasangan1.3 juta
Bujang Pendapatan
RM2,500 ke bawah.
3.1 juta
  • SUMBANGAN ASAS RAHMAH (SARA) :
KATEGORI PENERIMAJUMLAH
PENERIMA
STR Miskin Tegar0.2 juta
STR Miskin0.5 juta
STR Isi Rumah Asas3.7 juta
STR Warga Emas dan Bujang4.3 juta

JUMLAH BANTUAN RAHMAH 2024

Berikut merupakan jumlah bantuan rahmah yang disalurkan kepada setiap kategori mengikut jumlah yang ditetapkan seperti di bawah :

  • SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR) :
KATEGORI PENERIMAJUMLAH
BANTUAN
Isi Rumah Pendapatan
RM2,500 ke bawah.
RM1,000 – RM2,500
(Bergantung bilangan anak)
Isi Rumah Pendapatan
RM2,501 – RM5,000.
RM500 – RM1,250
(Bergantung bilangan anak)
Warga Emas Tiada PasanganRM600
Bujang Pendapatan
RM2,500 ke bawah.
RM350
  • SUMBANGAN ASAS RAHMAH (SARA) :
KATEGORI PENERIMAJUMLAH
BANTUAN
STR Miskin TegarIsi Rumah & Warga Emas : RM1,200.
Bujang : RM600.
STR MiskinIsi Rumah & Warga Emas : RM1,200.
Bujang : RM600.
STR Isi Rumah AsasRM300
STR Warga Emas dan BujangRM150

KAEDAH PENGKREDITAN BANTUAN RAHMAH 2024

Cara pengkreditan setiap bantuan adalah berbeza seperti kaedah berikut :

JENIS BANTUANKAEDAH PENGKREDITAN
Sumbangan Tunai Rahmah (STR)-Penerima yang ada akaun bank :
akan dikredikan terus ke dalam
akaun bank pemohon / pasangan.
-Penerima tiada akaun bank : akan
diberikan secara tunai di cawangan
Bank Simpanan Nasional (BSN).
Sumbangan Asas Rahmah (SARA)-Penerima Semenanjung Malaysia :
akan dikreditkan ke dalam MyKad
setiap bulan untuk pembelian
barangan keperluan asas.
-Penerima Sabah & Sarawak :
akan diberikan secara tunai /
dimasukkan ke dalam akaun bank
dua (2) kali setahun.

JADUAL PENGKREDITAN

Pengkreditan bantuan rahmah akan dikreditkan seperti jadual berikut :

  • Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) :
    • Akan dikreditkan secara berfasa selama empat (4) fasa. Berikut adalah tarikh pengkreditan fasa 1 2024 :
JENIS PENERIMATARIKH
PENGKREDITAN
Tiada akaun bankFasa 1 bermula 29 Januari 2024
Ada akaun bankDikreditkan bermula
29 Januari 2024 – 2 Februari 2024.
  • Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) :
    • Akan dikreditkan setiap bulan selama 12 bulan / dua (2) kali setahun. Berikut adalah tarikh bayaran pertama 2024 :
JENIS PENERIMATARIKH
PENGKREDITAN
Penerima Semenanjung MalaysiaBermula 22 Januari 2024
Penerima Sabah, Sarawak dan
W.P Labuan
Bermula 19 Februari 2024

SEMAKAN BANTUAN RAHMAH 2024

Untuk semakan bantuan rahmah hendaklah melalui Portal Rasmi seperti berikut :

PAUTAN SEMAKAN STATUS
https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  1. Sila klik pada pautan Portal Rasmi Semakan Status di atas.
  2. Kemudian, masukkan Nombor Mykad pemohon pada ruangan MySTR tanpa (-) contoh : 83XXXXXXXXXX.
  3. Klik butang [Log Masuk].
  4. Seterusnya, klik [Semak].
  5. Tekan [Ya] sekiranya frasa keselamatan pemohon yang dipaparkan adalah betul.
  6. Masukkan kata laluan yang betul.
  7. Klik butang [Log Masuk].
  8. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Status pemohon Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan dipaparkan.
  10. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih berkaitan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dan Portal Rasmi MySTR LHDNM. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

  • STR :
    • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
    • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
    • E-mel : [email protected]
  • SARA :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Risalah/Risalah%20STR%202024.pdf dan https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

Leave a Comment