SEMAKAN BANTUAN RAHMAH 2024 : CHECK STATUS SEKARANG
Penyasaran semula subsidi bermula pada tahun 2024 dan daripada penjimatan subsidi tersebut akan disalurkan bantuan tunai kepada rakyat seperti yang telah diumumkan dalam belanjawan 2024 oleh Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan iaitu YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
Bagaimanakah semakan bantuan rahmah? Ikuti penjelasan lanjut di sini.
BACA JUGA : BANTUAN BARANG DAPUR B40 : SEMAK SEKARANG
APA ITU BANTUAN RAHMAH
Bantuan Rahmah ialah Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan juga bantuan tambahan iaitu Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang dijangka akan memanfaatkan seramai 60% rakyat dewasa Malaysia yang layak dengan jumlah sehingga RM3,700 seisi rumah.
JUMLAH PENERIMA BANTUAN RAHMAH 2024
Kadar penerima bantuan rahmah telah dinaikkan bagi tahun 2024 seperti berikut :
- SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR) :
KATEGORI PENERIMA | JUMLAH PENERIMA |
---|---|
Isi Rumah Pendapatan RM2,500 ke bawah. | 2.8 juta |
Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000. | 1.0 juta |
Warga Emas Tiada Pasangan | 1.3 juta |
Bujang Pendapatan RM2,500 ke bawah. | 3.1 juta |
- SUMBANGAN ASAS RAHMAH (SARA) :
KATEGORI PENERIMA | JUMLAH PENERIMA |
---|---|
STR Miskin Tegar | 0.2 juta |
STR Miskin | 0.5 juta |
STR Isi Rumah Asas | 3.7 juta |
STR Warga Emas dan Bujang | 4.3 juta |
JUMLAH BANTUAN RAHMAH 2024
Berikut merupakan jumlah bantuan rahmah yang disalurkan kepada setiap kategori mengikut jumlah yang ditetapkan seperti di bawah :
- SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR) :
KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BANTUAN |
---|---|
Isi Rumah Pendapatan RM2,500 ke bawah. | RM1,000 – RM2,500 (Bergantung bilangan anak) |
Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000. | RM500 – RM1,250 (Bergantung bilangan anak) |
Warga Emas Tiada Pasangan | RM600 |
Bujang Pendapatan RM2,500 ke bawah. | RM350 |
- SUMBANGAN ASAS RAHMAH (SARA) :
KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BANTUAN |
---|---|
STR Miskin Tegar | Isi Rumah & Warga Emas : RM1,200. Bujang : RM600. |
STR Miskin | Isi Rumah & Warga Emas : RM1,200. Bujang : RM600. |
STR Isi Rumah Asas | RM300 |
STR Warga Emas dan Bujang | RM150 |
KAEDAH PENGKREDITAN BANTUAN RAHMAH 2024
Cara pengkreditan setiap bantuan adalah berbeza seperti kaedah berikut :
JENIS BANTUAN | KAEDAH PENGKREDITAN |
---|---|
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) | -Penerima yang ada akaun bank : akan dikredikan terus ke dalam akaun bank pemohon / pasangan. -Penerima tiada akaun bank : akan diberikan secara tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN). |
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) | -Penerima Semenanjung Malaysia : akan dikreditkan ke dalam MyKad setiap bulan untuk pembelian barangan keperluan asas. -Penerima Sabah & Sarawak : akan diberikan secara tunai / dimasukkan ke dalam akaun bank dua (2) kali setahun. |
JADUAL PENGKREDITAN
Pengkreditan bantuan rahmah akan dikreditkan seperti jadual berikut :
- Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) :
- Akan dikreditkan secara berfasa selama empat (4) fasa. Berikut adalah tarikh pengkreditan fasa 1 2024 :
JENIS PENERIMA | TARIKH PENGKREDITAN |
---|---|
Tiada akaun bank | Fasa 1 bermula 29 Januari 2024 |
Ada akaun bank | Dikreditkan bermula 29 Januari 2024 – 2 Februari 2024. |
- Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) :
- Akan dikreditkan setiap bulan selama 12 bulan / dua (2) kali setahun. Berikut adalah tarikh bayaran pertama 2024 :
JENIS PENERIMA | TARIKH PENGKREDITAN |
---|---|
Penerima Semenanjung Malaysia | Bermula 22 Januari 2024 |
Penerima Sabah, Sarawak dan W.P Labuan | Bermula 19 Februari 2024 |
SEMAKAN BANTUAN RAHMAH 2024
Untuk semakan bantuan rahmah hendaklah melalui Portal Rasmi seperti berikut :
PAUTAN SEMAKAN STATUS |
---|
https://bantuantunai.hasil.gov.my/ |
- Sila klik pada pautan Portal Rasmi Semakan Status di atas.
- Kemudian, masukkan Nombor Mykad pemohon pada ruangan MySTR tanpa (-) contoh : 83XXXXXXXXXX.
- Klik butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak].
- Tekan [Ya] sekiranya frasa keselamatan pemohon yang dipaparkan adalah betul.
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Klik butang [Log Masuk].
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status pemohon Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih berkaitan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dan Portal Rasmi MySTR LHDNM. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :
- STR :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel : [email protected]
- SARA :
- Talian MyKasih : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1800
- Email : [email protected]
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Risalah/Risalah%20STR%202024.pdf dan https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.