JUMLAH BANTUAN STR 2024 : SEMAK STATUS SEKARANG

JUMLAH BANTUAN STR 2024 : SEMAK STATUS SEKARANG

Mulai 2024, pendekatan penyasaran semula subsidi akan dilaksanakan secara berfasa dan sebahagian hasil penjimatan subsidi akan disalurkan bagi meningkatkan peruntukan bantuan tunai melalui Sumbangan Tunai Rahmah kepada lebih 60% rakyat dewasa di Malaysia.

Bagaimanakah semakan jumlah bantuan str bagi tahun 2024? Ikuti penjelasan lanjut di sini.

BACA JUGA : PERMOHONAN MY KASIH RM100 : DAFTAR SEKARANG

KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN STR 2024

Syarat kelayakan utama adalah Warganegara Malaysia dan berikut adalah syarat kelayakan yang ditetapkan setiap kategori penerima :

  1. Kategori Isi Rumah :
    • Pendapatan tidak melebihi RM5,000;
    • Kahwin (Ada atau Tiada Anak); atau
    • Ibu Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak.
  2. Kategori Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan :
    • Bujang; atau
    • Ibu Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang Tiada Anak; serta
    • Had umur 60 tahun dan ke atas.
  3. Kategori Bujang :
    • Bujang; atau
    • Ibu Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang Tiada Anak; serta
    • Had umur 21 tahun hingga 59 tahun; atau
    • Bujang (Orang Kurang Upaya) berumur 19 tahun dan ke atas.
    • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa.

JUMLAH PENERIMA BANTUAN STR 2024

Kerajaan telah memperuntukan Bantuan STR kepada lebih ramai penerima berbanding tahun lepas seperti jumlah berikut :

KATEGORI PENERIMAJUMLAH
PENERIMA
Isi Rumah Pendapatan
RM2,500 ke bawah
3.1 juta
Isi Rumah Pendapatan
RM2,501 – RM5,000
1.0 juta
Warga Emas Tiada Pasangan1.3 juta
Bujang Pendapatan
RM2,500 ke bawah
3.3 juta

JUMLAH BANTUAN STR 2024

Berikut adalah jumlah keseluruhan Bantuan STR bagi tahun 2024 mengikut kategori kelayakan seperti jadual di bawah :

  • Kategori Isi Rumah Pendapatan RM2,500 ke bawah :
BIL. ANAK0 anak1-2 anak3-4 anak5 ke atas
JUMLAHRM1,000RM1,500RM2,000RM2,500
  • Kategori Isi Rumah Pendapatan RM2,501 hingga RM5,000 :
BIL. ANAK0 anak1-2 anak3-4 anak5 ke atas
JUMLAHRM500RM750RM1,000RM1,250
  • Kategori Warga Emas Tiada Pasangan :
JUMLAH BANTUAN
RM600
  • Kategori Bujang :
JUMLAH BANTUAN
RM350

TARIKH BAYARAN STR 2024

Pembayaran Bantuan STR adalah secara berfasa mengikut empat (4) fasa sepanjang setahun seperti jadual berikut :

FASABULAN
Fasa 129 Januari – 2 Februari 2024
Fasa 2April 2024
Fasa 3Ogos 2024
Fasa 4November 2024

SEMAKAN JUMLAH BANTUAN STR 2024

Pemohon boleh membuat semakan jumlah Bantuan STR yang telah diluluskan seperti panduan berikut :

  1. Sila layari Portal Rasmi Semakan Status MySTR LHDNM di pautan ini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Kemudian, masukkan Nombor Mykad pemohon pada ruangan MySTR tanpa (-) contoh : 83XXXXXXXXXX.
  3. Klik butang [Log Masuk].
  4. Seterusnya, klik [Semak].
  5. Tekan [Ya] sekiranya frasa keselamatan pemohon yang dipaparkan adalah betul.
  6. Masukkan kata laluan yang betul.
  7. Klik butang [Log Masuk].
  8. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Status pemohon akan dipaparkan.
  10. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SUMBANGAN TUNAI RAHMAH MySTR LHDNM. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel : [email protected]

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://bantuantunai.hasil.gov.my/ (Bahagian ‘Makluman Terkini’).

2 thoughts on “JUMLAH BANTUAN STR 2024 : SEMAK STATUS SEKARANG”

  1. Alhamdulillah
    cuma tidak ada beza nya jumlah bantuan untuk pasangan warga emas yang ada anak seorang lagi yang duduk sekali dan masih belum berkahwin lagi, tetap RM1,000 shj,
    sbb dapat yang utk bujang,
    apapun berbanyak terima kasih

    Reply

Leave a Comment