SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN BARANG DAPUR B40 2024 : CHECK SEKARANG

SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN BARANG DAPUR B40 2024 : CHECK SEKARANG

Kerangka Ekonomi MADANI iaitu dengan menyasarkan untuk mengangkat taraf ekonomi golongan rentan dan menjunjung prinsip kesaksamaan rakyat. Pelbagai bantuan yang disalurkan kepada golongan B40 termasuk bantuan barang dapur yang disalurkan setiap bulan.

Bagaimanakah semakan nama penerima bantuan barang dapur b40? Ikuti penjelasan lanjut di sini.

BACA JUGA : JUMLAH BANTUAN STR : SEMAK STATUS SEKARANG

APAKAH SENARAI BANTUAN BARANG DAPUR B40 2024

Berikut merupakan senarai barang dapur yang telah diluluskan oleh Kerajaan untuk penerima seperti di bawah :

  1. Beras
  2. Roti
  3. Telur
  4. Minyak masak
  5. Tepung
  6. Biskut
  7. Mi segera
  8. Minuman
  9. Makanan dalam tin
  10. Bahan perasa.

Nota : Kerajaan telah menambah bilangan barangan yang lain seperti Produk kebersihan, Ubat-ubatan dan Barangan persekolahan.

BAGAIMANAKAH CARA UNTUK MEMBELI BARANG DAPUR DENGAN MENGGUNAKAN BANTUAN

Berikut merupakan cara untuk membeli barangan dapur dengan menggunakan bantuan ini seperti di bawah :

  1. Sila kunjungi kedai-kedai atau pasaraya yang telah berdaftar dengan bantuan. (Rujuk senarai kedai berhampiran anda di sini : https://app.mykasih.net/sara2/merchant-list).
  2. Kemudian pilih barang yang ingin dibeli berdasarkan 13 kategori yang diluluskan. Barangan keperluan asas yang terlibat dengan program akan dilabel untuk rujukan penerima. (Label MyKasih di rak tanda harga).
  3. Di kaunter bayaran, sila tunjukan MyKad untuk pengesahan penerima bantuan.
  4. Bayaran adalah dengan menggunakan MyKad (terhad RM100 sahaja, lebihan itu perlu dibayar secara tunai).
  5. Masukkan 6 digit nombor pin MyKad anda.
  6. Simpan resit sebagai rujukan baki.

SIAPAKAH PENERIMA YANG LAYAK BANTUAN BARANG DAPUR B40

Pemberian bantuan barang dapur adalah terhad kepada yang memenuhi syarat kelayakan seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia;
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2023.

SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN BARANG DAPUR B40 2024

Ikuti cara semakan nama penerima Bantuan Barang Dapur B40 di Portal Rasmi seperti berikut :

  1. Sila layari pautan Semakan Status di sini : https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus
  2. Anda akan dibawa ke bahagian ‘Semakan Status’.
  3. Masukkan Nombor Mykad anda dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
  4. Seterunya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  5. Tekan butang [Semak Status].
  6. Status anda akan dipaparkan.
  7. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

2 thoughts on “SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN BARANG DAPUR B40 2024 : CHECK SEKARANG”

Leave a Comment