SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN SARA HIDUP RM1200 2024 : CHECK SEKARANG
Demi mengangkat taraf ekonomi rakyat, Kerajaan menyediakan pelbagai bantuan untuk membantu rakyat terutamanya golongan rentan yang terkesan dengan ekonomi yang semakin tinggi. Justeru Kerajaan mewujudkan bantuan untuk sara hidup rakyat sebanyak RM1,200.
Bagaimanakah semakan nama penerima bantuan sara hidup rm1200? Ikuti penjelasan lanjut di sini.
BACA JUGA : APA ITU BANTUAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH SARA : SEMAK KELAYAKAN SEKARANG
SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN SARA HIDUP RM1200 2024
Penerima bantuan Sara Hidup yang bernilai RM1,200 hendaklah memenuhi syarat kelayakan seperti berikut :
- Warganegara Malaysia;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2023.
JUMLAH PENERIMA BANTUAN SARA HIDUP RM1200
Bermula 2024, Kerajaan telah meningkatkan pemberian Bantuan Sara Hidup yang bernilai RM1,200 kepada lebih ramai penerima iaitu seramai 700,000 berbanding tahun sebelum ini hanya 210,000 penerima sahaja.
TARIKH BAYARAN BANTUAN SARA HIDUP RM1200 2024
Pembayaran bantuan Sara hidup adalah berbeza tarikh mengikut negeri penerima seperti berikut :
NEGERI PENERIMA | TARIKH BAYARAN |
---|---|
Semenanjung Malaysia | Bayaran pertama pada : 22 Januari 2024 (Isnin). Bayaran seterusnya pada : 1 hari bulan setiap bulan selama 12 bulan (Januari – Disember 2024). |
Sabah, Sarawak dan W.P Labuan | Bayaran pertama pada : 19 Februari 2024 (Isnin) Bayaran akhir pada : 12 Ogos 2024 (Isnin). |
SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN SARA HIDUP RM1200 2024
Berikut adalah cara semakan bantuan Sara Hidup yang bernilai RM1,200 di Portal Rasmi seperti di bawah :
PAUTAN PORTAL RASMI SEMAKAN |
---|
https://www.mykasih.com.my/ |
- Sila klik pada pautan Portal Rasmi Semakan di atas.
- Pada halaman utama MyKasih, sila klik pada [SEMAK STATUS].
- Anda akan dibawa ke bahagian ‘Semakan Status’.
- Masukkan Nombor Mykad anda dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
- Seterunya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Tekan butang [Semak Status].
- Status anda akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :
- Talian Bantuan MyKasih : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Email : [email protected]
- Website : https://www.mykasih.com.my/contact-us/.
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.