APA ITU BANTUAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH SARA 2024 : SEMAK KELAYAKAN SEKARANG
Bermula 2024, Kerajaan telah menambah baik program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebagai bantuan subsidi bersasar kepada rakyat yang paling terkesan dengan gelumang kos sara hidup. Program ini yang bakal dilaksana secara berperingkat dengan menyasarkan untuk mengangkat taraf ekonomi golongan rentan dan menjunjung prinsip kesaksamaan yang menjadi teras kepada kerangka Ekonomi MADANI.
“Transformasi ekonomi Malaysia bermula dengan mengangkat darjat rakyat. Penambahbaikan program SARA ini merupakan satu langkah awal untuk menangani kesenjangan kekayaan serta membina sebuah masyarakat yang inklusif seperti didambakan dalam kerangka Ekonomi MADANI,” kata Perdana Menteri dan Menteri Kewangan YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
Apa itu bantuan sumbangan asas rahmah sara 2024? Ikuti penerangan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN BARANG DAPUR B40 : CHECK SEKARANG
APA ITU SUMBANGAN ASAS RAHMAH SARA
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) merupakan sumbangan tambahan kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berstatus Miskin dan Miskin Tegar eKasih di mana pelaksanaannya telah ditambah baik dengan memperluaskan pemberian kepada penerima bukan miskin atau miskin tegar juga bagi memenuhi keperluan barangan asas.
APAKAH KELAYAKAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH SARA 2024
Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) adalah terhad kepada :
- Warganegara Malaysia;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2023.
BAGAIMANAKAH PELAKSANAAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH SARA 2024
Kaedah pelaksanaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) adalah berbeza mengikut negeri seperti berikut :
- Penerima daripada Semenanjung Malaysia :
- Akan menerima bantuan barangan keperluan asas tanpa tunai (cashless) setiap bulan bagi tempoh 12 bulan secara automatik melalui akaun yang dibuka menggunakan MyKad penerima untuk membeli barangan runcit asas daripada kategori produk yang diluluskan di pasar raya / kedai runcit terpilih seluruh negara menggunakan MyKad.
- Penerima daripada negeri Sabah, Sarawak dan W.P. Labuan :
- Akan menerima bayaran dua kali setahun mengikut kategori melalui pengkreditan ke akaun bank / secara tunai, sama seperti kaedah pembayaran STR 2024.
BERAPAKAH AMAUN BANTUAN MENGIKUT KATEGORI PENERIMA
Setiap penerima yang dikenal pasti layak SARA akan menerima sumbangan mengikut amaun seperti berikut :
KATEGORI PENERIMA | AMAUN BANTUAN |
---|---|
Penerima berstatus Miskin Tegar | Isi Rumah : RM1,200. Warga Emas : RM1,200. Bujang : RM600. |
Penerima berstatus Miskin | Isi Rumah : RM1,200. Warga Emas : RM1,200. Bujang : RM600. |
Penerima berstatus Bukan Miskin / Miskin Tegar | Isi Rumah : RM300. Warga Emas : RM150. Bujang : RM150. |
BILAKAH BANTUAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH SARA DISALURKAN
Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan disalurkan seperti berikut :
KATEGORI PENERIMA | TARIKH BAYARAN |
---|---|
Penerima berstatus Miskin & Miskin Tegar dari Semenanjung Malaysia | Bermula 22 Januari 2024 akan disalurkan RM100 (Isi Rumah & Warga Emas) / RM50 (Bujang) setiap bulan bermula 1 hari bulan pada Februari, Mac, April, Mei, Jun, Julai, Ogos, September, Oktober, November dan bayaran akhir adalah pada 1 Disember 2024. |
Penerima berstatus Miskin & Miskin Tegar dari Sabah, Sarawak & W.P Labuan | Bayaran RM600 (Isi Rumah & Warga Emas) / RM300 (Bujang) dua kali setahun (19 Februari 2024 dan 12 Ogos 2024) |
Penerima berstatus Asas dari seluruh Negeri | Akan dimaklumkan dari semasa ke semasa dalam masa terdekat. |
DI MANAKAH BOLEH MEMBELI MENGGUNAKAN BANTUAN
Penerima yang layak akan diberi penerangan mengenai kedai runcit terdekat untuk membeli barangan keperluan asas. MyKasih mempunyai lebih daripada 600 rakan runcit di seluruh negara termasuk Mydin, Giant, Econsave, The Store, Pacific, Milimewa, 99 Speedmart, Lotus Stores (Tesco), serta pasar raya dan pasar mini bebas.
Senarai pasar raya dan kedai runcit terlibat boleh disemak melalui pautan berikut : https://app.mykasih.net/sara2/merchant-list.
APAKAH BARANG KEPERLUAN ASAS YANG BOLEH DIBELI DENGAN BANTUAN
Penerima boleh membeli barangan keperluan asas daripada 13 kategori produk yang diluluskan iaitu beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mi segera, minuman, makanan dalam tin, bahan perasa, produk kebersihan, ubat-ubatan dan barangan persekolahan. Barangan keperluan asas yang terlibat dengan program SARA akan dilabel untuk rujukan penerima.
ADAKAH PERLU BAYAR LEBIHAN BAKI SEKIRANYA AMAUN PEMBELIAN MELEBIHI BANTUAN
Jawapannya ya. Pembelian adalah terhad kepada barangan keperluan asas daripada 13 kategori produk yang diluluskan sahaja. Pembelian selain barangan tersebut dan pembelian melebihi baki semasa SARA dalam MyKad perlu dibayar oleh penerima.
ADAKAH BAKI ELAUN BANTUAN AKAN DIBAWA KE BULAN SETERUSNYA
Jawapannya ya. Baki elaun bulanan yang tidak habis digunakan akan dibawa ke bulan-bulan seterusnya dan boleh digunakan bersama dengan elaun bulan semasa. Walau bagaimanapun, sebarang baki elaun yang tidak digunakan sepenuhnya pada akhir tempoh program iaitu 31 Disember 2024 akan luput secara automatik.
CARA SEMAK KELAYAKAN BANTUAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH SARA 2024
Semakan kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) boleh dibuat melalui kaedah berikut :
- Surat pemakluman : Surat lulus STR 2024 bersekali kelayakan SARA kepada alamat berdaftar dalam permohonan STR; atau
- Sistem Pesanan Ringkas (sms blast) : Penerima SARA yang layak akan menerima Sistem Pesanan Ringkas / aplikasi WhatsApp (SMS) daripada MyKasih untuk mengesahkan status mereka sebagai penerima di bawah program ini, berserta tarikh dan masa untuk sesi taklimat orientasi di kedai runcit yang terdekat; atau
- Semakan terus melalui portal rasmi : Portal rasmi STR (https://bantuantunai.hasil.gov.my) / Portal rasmi MyKasih (https://www.mykasih.com.my); atau
- Hubungi talian : Hubungi MyKasih: 03-7720 1800 / Hubungi LHDNM: 1-800-88-2747 / Hubungi MOF: 03-8882 4565 / 4566 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang)
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :
- Talian Bantuan MyKasih : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Email : [email protected]
- Website : https://www.mykasih.com.my/contact-us/.
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.